Emak



22 September 2018

Pemergian emak yang amat kusayangi. Bagai mimpi yang tak dapat kubayangkan perasaan itu.. Perasaan kehilangan seorang emak, tempat bermanja, tempat yang aku perlukan jika aku hilang arah..tempat aku recharge kan diri.. tempat bagi segala-galanya. Syukur Allah beri masa untuk aku puas menjaga emak yang sakit. Pertama kali aku rasa seperti akan kehilangan emak semasa pertama kali emak masuk ICU pada tahun 2010 namun Allah bagai beri peluang kedua untuk aku berbakti kepada emak. Aku kira emak telah lelah dan tiba masanya untuk dia berehat.

Apabila kehilangan orang yang paling kita sayang, baru lah kita faham bahawa hidup ini tak perlu disia-siakan dengan benda yang remeh. Tak perlu mengejar wang berjuta, tak perlu semua itu, yang hanya perlu, berbakti la kepada orang tua.. telefon dan bertanya khabar, balik melihat muka mereka.. kerana kita tidak tahu bila masa Allah memanggil mereka mengadap-Nya.. dan pada masa itu, tiada yang dapat kita lakukan. melainkan berdoa untuk kesejahteraan mereka yang telah pergi.

Emak telah pergi, Ayah masa ada.. Jangan sia-siakan ayah.. yang pergi tak akan kembali, pada yang masih ada, berbakti dan terus berbakti.

Aku harap, dengan amal jariah yang aku kira masih tidak cukup aku lakukan untuk emakku, Allah kurniakan aku  anak-anak yang soleh dan akan berbakti pada aku semasa aku telah tua.

Sedangkan Rasullullah kesayangan umat pun Allah ambil nyawa baginda apatah lagi emakku insan biasa.. Sedih memang sedih hati ini kerana rindu yang tidak terubat. Sedih juga kerana aku tak tahu sedih ku ini kerana sayangku melebihi rasa sayang ku kepada Rasullullah atau sedih ku ini kerana kehilangan. Mungkin kedua-duanya.

Dan hari ini setelah 55 hari emak pergi selamanya, aku berasa amat rindu. rindu suaranya, cara dia berjalan, rindu serindu-rindunya. Al-Fatihah untuk emak.

Moga Allah ampunkan segala dosa emak dan tempatkan emak di kalangan orang yang soleh di syurga kelak. Moga kita akan bertemu kembali di jannah ya emak!

 
tempat kegemaran emak 


Mohon ketemu di dalam mimpi~~



0 yg kasi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...