4 Disember 2018
Walau sudah 2 atau 3 kali, mata Toha
diperiksan penglihatan visualnya, namun keadaan retinanya tidak diambil tahu.
Mungkin disebabkan ibunya yang memeriksanya. Pelik. Bukankah ibu selalu hendak
yang terbaik untuk anaknya. Tetapi apabila ia datang kepada bab keihatan. Dan
yang paling ironinya, ibu Toha seorang Optometris, namun tidak diperiksa
belakang mata Toha. Leka. Itulah bias apabila ibunya sendiri yang lakukan
pemeriksaan. Agaknya doktor juga begitu apabila menguruskan masalah kesihatan
anak mereka sendiri. Entahlah.
"Makan ubat ini dan sila datang
ke klinik kesihatan yang berhampiran untuk dapatkan tanda tangan jururawat ya
setiap 1 atau 2 hari sekali". Itulah kata-kata farmasis kepada bapa Toha
selepas keluar daripada wad 8 Hospital Selayang.
Masalah mata Toha dianggap
disebabkan oleh kuman Tuberkulosis. 1 beg ubat berserta buku rekod pesakit Tibi
dibekalkan semasa menyemak keluar hospital tempohari. Hancur luluh hati ibu dan
bapa Toha apabila melihat anak mereka perlu makan pelbagai ubat berwarna-warni.
Tidak seceria warna hati ibu dan bapanya. Toha, budak yang kuat. Berlapang dada
menerima apa sahaja yang doktor preskripsikan.
Toha bukan dijangkiti Tibi. Ujian
kulit dan x-ray dada juga menunjukkan negatif. Tetapi begitulah cara doktor pakar
mata atau dikenali oftalomologi menguruskan pesakit dengan masalah retinopati.
Bersedia untuk yang lebih buruk. Margin diska optik mata Toha membengkak,
muncul salur darah baharu yang tidak normal. Menitis air mata ibu Toha melihat
hasil tangkapan imej pada mesin Optical coherence tomography (OCT) kerana
dia faham apa yang telah berlaku di belakang mata anak sulong nya itu.
Inflamasi dan edema makula. Semua diagnosis penyakit mata yang pernah
dipelajari dahalu keluar satu persatu. Luluh.
"Aku bersyukur anakku tidak
seteruk orang lain. Aku bersyukur kerana aku Optometris, jadi aku tahu apa yang
Allah duga pada aku sekeluarga", monolog ibu. Toha masih mampu melihat
dengan jelas walaupun tidak optimum, masih boleh membaca, melihat ibu dan
ayahnya. Toha mampu melukis dengan baik karektor kartun kesukaannya. Syukur.
bersambung...
0 yg kasi komen:
Post a Comment