::2024::


Assalammualaikum 2024

Sudah Februari rupanya.. 4 tahun sepi dan menyendiri blog ini.. beza zaman belajar dan sendiri.. ada saja nak dicoretkan.. luahan perasaan.. haha.. lawak2 bila baca balik kan?

Anak dah 3.. insyaAllah tak bertambah dah.. sis tua dah.. bila orang kata 3 sahaja.. okay lah kan.. rezeki Allah beri..Alhamdulillah



Hidup takkan berhenti kecuali mati,

Cinta takkan padam kecuali benci,

Harta takkan cukup kecuali Dia cukupi,

Kerja takkan habis kecuali telah pergi,

Oleh itu, syukuri masa yang ada sebelum tiada lagi!


@port dickson 2023



:: masih ada seni tulisan dalam diri

Well done arie;)




Read Users' Comments ( 0 )

Toha dan Ocular - Episod 1




 4 Disember 2018

           Walau sudah 2 atau 3 kali, mata Toha diperiksan penglihatan visualnya, namun keadaan retinanya tidak diambil tahu. Mungkin disebabkan ibunya yang memeriksanya. Pelik. Bukankah ibu selalu hendak yang terbaik untuk anaknya. Tetapi apabila ia datang kepada bab keihatan. Dan yang paling ironinya, ibu Toha seorang Optometris, namun tidak diperiksa belakang mata Toha. Leka. Itulah bias apabila ibunya sendiri yang lakukan pemeriksaan. Agaknya doktor juga begitu apabila menguruskan masalah kesihatan anak mereka sendiri. Entahlah.

           "Makan ubat ini dan sila datang ke klinik kesihatan yang berhampiran untuk dapatkan tanda tangan jururawat ya setiap 1 atau 2 hari sekali". Itulah kata-kata farmasis kepada bapa Toha selepas keluar daripada wad 8 Hospital Selayang.

           Masalah mata Toha dianggap disebabkan oleh kuman Tuberkulosis. 1 beg ubat berserta buku rekod pesakit Tibi dibekalkan semasa menyemak keluar hospital tempohari. Hancur luluh hati ibu dan bapa Toha apabila melihat anak mereka perlu makan pelbagai ubat berwarna-warni. Tidak seceria warna hati ibu dan bapanya. Toha, budak yang kuat. Berlapang dada menerima apa sahaja yang doktor preskripsikan.

          Toha bukan dijangkiti Tibi. Ujian kulit dan x-ray dada juga menunjukkan negatif. Tetapi begitulah cara doktor pakar mata atau dikenali oftalomologi menguruskan pesakit dengan masalah retinopati. Bersedia untuk yang lebih buruk. Margin diska optik mata Toha membengkak, muncul salur darah baharu yang tidak normal. Menitis air mata ibu Toha melihat hasil tangkapan imej pada mesin Optical coherence tomography (OCT) kerana dia faham apa yang telah berlaku di belakang mata anak sulong nya itu. Inflamasi dan edema makula. Semua diagnosis penyakit mata yang pernah dipelajari dahalu keluar satu persatu. Luluh.

        "Aku bersyukur anakku tidak seteruk orang lain. Aku bersyukur kerana aku Optometris, jadi aku tahu apa yang Allah duga pada aku sekeluarga", monolog ibu. Toha masih mampu melihat dengan jelas walaupun tidak optimum, masih boleh membaca, melihat ibu dan ayahnya. Toha mampu melukis dengan baik karektor kartun kesukaannya. Syukur.

bersambung...



Read Users' Comments ( 0 )

Aku Anak Felda


Aku anak Felda dan aku dilahirkan pada ketika keluargaku pindah ke Felda.. dan itu menjadi kebanggaanku.

Kini, setelah 33 tahun, rumah Felda itu masih ada dengan rupa yang tiada lagi kayu yang senantiasa melindungi keluarga ini daripada hujan dan panas. tiada lagi kayu! Semua hanya batu..

Perginya bonda bagai hilang seri rumah Felda itu, makin suram.. betullah telahan pikiran ku yang fakir ini.. perginya bonda bagai pergi lah semua anak-anak Maziah Aziz..yang tinggal hanyalah anak-anak Maziah.. Kesian!

Rindu rumah Felda yang dulu.. penuh cinta dan kasih sayang.. apa lah khabar rumah Felda itu? Sesungguhnya benda yang paling jauh adalah masa.. takkan dapat sampai ke masa lalu. Dan itulah kenangan..




Read Users' Comments ( 0 )

Arehna Ya Bilal



Setiap kali aku merindu ibuku.. aku akan pujukkan diriku..rinduku tak sehebat kerinduan sahabat pada Rasulullah. dan memang sepatutnya kerinduanku kepada ibuku tidak sepatutnya melebihi kerinduanku pada Rasulullah.. 
Teguhkah aku mencintai Rasulullah?


Maliq Suhaimi - Arehna Ya Bilal


Read Users' Comments ( 0 )

Emak



22 September 2018

Pemergian emak yang amat kusayangi. Bagai mimpi yang tak dapat kubayangkan perasaan itu.. Perasaan kehilangan seorang emak, tempat bermanja, tempat yang aku perlukan jika aku hilang arah..tempat aku recharge kan diri.. tempat bagi segala-galanya. Syukur Allah beri masa untuk aku puas menjaga emak yang sakit. Pertama kali aku rasa seperti akan kehilangan emak semasa pertama kali emak masuk ICU pada tahun 2010 namun Allah bagai beri peluang kedua untuk aku berbakti kepada emak. Aku kira emak telah lelah dan tiba masanya untuk dia berehat.

Apabila kehilangan orang yang paling kita sayang, baru lah kita faham bahawa hidup ini tak perlu disia-siakan dengan benda yang remeh. Tak perlu mengejar wang berjuta, tak perlu semua itu, yang hanya perlu, berbakti la kepada orang tua.. telefon dan bertanya khabar, balik melihat muka mereka.. kerana kita tidak tahu bila masa Allah memanggil mereka mengadap-Nya.. dan pada masa itu, tiada yang dapat kita lakukan. melainkan berdoa untuk kesejahteraan mereka yang telah pergi.

Emak telah pergi, Ayah masa ada.. Jangan sia-siakan ayah.. yang pergi tak akan kembali, pada yang masih ada, berbakti dan terus berbakti.

Aku harap, dengan amal jariah yang aku kira masih tidak cukup aku lakukan untuk emakku, Allah kurniakan aku  anak-anak yang soleh dan akan berbakti pada aku semasa aku telah tua.

Sedangkan Rasullullah kesayangan umat pun Allah ambil nyawa baginda apatah lagi emakku insan biasa.. Sedih memang sedih hati ini kerana rindu yang tidak terubat. Sedih juga kerana aku tak tahu sedih ku ini kerana sayangku melebihi rasa sayang ku kepada Rasullullah atau sedih ku ini kerana kehilangan. Mungkin kedua-duanya.

Dan hari ini setelah 55 hari emak pergi selamanya, aku berasa amat rindu. rindu suaranya, cara dia berjalan, rindu serindu-rindunya. Al-Fatihah untuk emak.

Moga Allah ampunkan segala dosa emak dan tempatkan emak di kalangan orang yang soleh di syurga kelak. Moga kita akan bertemu kembali di jannah ya emak!

 
tempat kegemaran emak 


Mohon ketemu di dalam mimpi~~



Read Users' Comments ( 0 )

Fasa



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..


Coretan setelah 2 tahun aku kira.. tidak menulis dan meninggalkan jejak di sini.. almaklum setiap perubahan ade fasa tertentu yang perlu ditempuhi.. bermula dengan fasa kejutan, persoalan, penyesuaian, keselesaan, terlalu selesa dan seterusnya.. takkan berhenti selagi nyawa di kandung badan.. Hidup ibarat roda.. fasa tersebut akan sentiasa akan melingkari dan mewarnai kehidupan kita..

Tentang FASA.. banyak aspek kehidupan sememangnya menggunakan konsep ini.. malah dalam Firman Allah sendiri di dalam Al-Quran ada menyentuhnya tentang kejadian alam dalam enam masa


surah Al-Furqan (surat ke-25) ayat 59 yang ertinya:
اۨلَّذِىۡ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِىۡ سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسۡتَوٰى عَلَى الۡعَرۡشِ *ۛۚ اَلرَّحۡمٰنُ فَسۡـَٔـــلۡ بِهٖ خَبِيۡرًا‏ ﴿۵۹
“Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa…”

surah Al-Sajda (surat ke-32) ayat 4 yang ertinya:
اَللّٰهُ الَّذِىۡ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِىۡ سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسۡتَوٰى عَلَى الۡعَرۡشِ*ؕ مَا لَكُمۡ مِّنۡ دُوۡنِهٖ مِنۡ وَّلِىٍّ وَّلَا شَفِيۡعٍ*ؕ اَفَلَا تَتَذَكَّرُوۡنَ‏ ﴿۴
“Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa…”

Dan surah Qaf (surat ke-50) ayat 58 yang ertinya:
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِىۡ سِتَّةِ اَيَّامٍ*وَّمَا مَسَّنَا مِنۡ لُّغُوۡبٍ‏ ﴿۳۸﴾
“Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, dan Kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan


'masa' ini tidak tertakluk pada hari, minggu, tahun, dan hanya Allah yang tahu bagaimana 'masa' yang dimaksudkan.

Fasa yang wajib ditempuhi hampir  setiap insan ciptaan-Nya:


  • bayi - kanak2 - remaja - dewasa - tua - mati
  • bayi terlentang - menyarap - merangkak - berpaut berdiri -berjalan -berlari -melompat
  • belajar - bekerja - berkeluarga - masyarakat
  • seorang - berdua - bertiga -berempat - seterusnya
  • .........

senarai akan terus bertambah.. tambah sendiri2 yer.. :)






Khairu Toha b Mohammad Haiqal
9 bulan 7 hari
fasa : berpaut dan berdiri










Read Users' Comments ( 4 )

::salam hijrah 1433::



salam..


alhamdullilah.. tahun hijrah berganti lagi.. rasa seperti baru semalam pos entri tentang tahun baru 1432h

tahun ini amat tidak dijangka.. walaupun pada mulanya aku menganggap 2011/1432 tiada apa yang menarik mungkin berlaku.. namun pengetahuan itu hanya Dia saja yang mengetahui.. Dia lah sebaik-baik perancang bagi ku.. syukur ya Allah..




melangkah dan terus melangkah



ya Allah permudahkanlah..



--> 2 minggu lagi..143 3









Read Users' Comments ( 1 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...