::mmmm::

macam-macam



sepanjang sebulan ini



sebelum 09 berakhir



terlalu pantas.........................................



.
gamba ade kaitan ke??


Read Users' Comments ( 3 )

::irlen::

pertama kali dengar irlen.. hari ni dapat pesakit sindrom irlen

'irlen sindrome'.. atau sindrom sensitiviti skotopik

selama aku blaja pasal mata dulu.. x penah pon sentuh pasal sindrom ni.. melainkan sindrom yg biasa yg kite dgr cam hyperaktif.. disleksia.. autisme..

sindrom irlen sangat berkaitan ngn penglihatan.. punca sindrom ini berlaku hanya Allah yg tahu.. tp dipercayai ada kaitan dgn masalah pada sel sensitif mata ataupun otak..

sindrom ini salu disalah diagnos sbb simptom yg ditunjuk sama seperti budak yg lemah pembelajaran atau disleksia.. pesakit akan nampak perkataan tu kabur, cam ada 'pattern' dan seperti bergerak2..lagi lama diaorang membaca.. lagi teruk simptom tuh..

senarai simptom sindrom irlen:
  • bermasalah utk membaca ( bukan bodoh ok ) dan kurang fokus
  • sakit kepala, penat dan rasa tekanan pada mata masa membaca
  • oleh sebab susah nak membaca.. benda tu akan efek pada pembelajaran.. terutama matematik
  • persepsi kedalaman.. cam nak menganggar jarak lemah
  • salu mengelak cahaya terang.. lagi2 lampu floresin
  • susah nak 'tracking' dan salin perkataan.. selalu gak ter'skip' perkatan bila membaca
  • apabile menulis.. jarak antara huruf atau perkataan berbeza.. x sama.. saiz huruf pon macam tu gak.. kejap besar. kejap kecik..
  • susah nak tulis dengan lurus.. maksud nyer.. tulisan die cam semakin ke bawah atau ke atas
  • eja pon x betul sket..


macam mana nak tolong mereka ini?
  • gelapkan sedikit keadaan ketika membaca
  • preskrip kanta irlen (kanta tu ada warna.. atau lapisan warna khas)
  • guna kertas berwarna sedikit utk bahan membaca meraka
  • guna visor (pelindung cahaya)
  • kurangkan masa membaca utk elakkan sakit kepala
  • perbanyakkan masa rehat antara masa membaca..
  • galakkan guna pembaris masa nak 'tracking' perkataan


kepada ibu2 bapak2.. perhatikan anak anda yer..

rindu kat si tembam ucop.. ni adik2ku sayang yg berada kat rumah bakti di ulu kelang..

--> aku ada masalah menangkap ejaan yg disebut oleh seseorang.. aduhyai.. lambat tul pk ape perkataan tu.. siap kene tulis dulu baru faham..


Read Users' Comments ( 4 )

:: pakcik bakhil ::

Harta karun atau treasure kalau omputeh cakap..

tiba2 dapat idea nak tulis pasal nih.. ermm...

memang seronok kalau main permainan ni.. lagi2 kalau hadiah die lebih lumayan.. main cari harta karun.. ( kire permainan wajib mase orentasi kelab optom~~ sekarang main lagi ke?? ) mase kecik2 dulu.. dgn fena dan arwah lela.. aku lah yg jadi tukang menyorokkan kan harta karun tu.. pastu suh dorg cari.. sape jumpe dulu kire menang.. permainan simple jer..

tapi sekarang.. permainan ni da dibawa ke peringkat antarabangsa.. sape x tau game.. 'apokobondo' race.. x pon utk mlaysia cam explore race.. game tu diadaptasi drpd permainan se'simple' mencari harta karun nih..

game dalam komputer x yah cakap la.. da pelbagai harta karun yg disorokkan..filem lagi..

TAPI.. cane leh dapat nama harta KARUN tuh?? nape bukan harta nazrey ke?? harta mikail ke? harta gijul?? x pon harta shara?? huhu..



harta KARUN atau lebih tepat QARUN

Qarun sebenarnye adalah seorang yg sgt kaye raya yg hidup pada zaman Nabi Musa a.s.. kire harta die ni makan 7 keturunan pon x abis lah.. sayang nye Qarun seorang yg amat bakhil.. kedekut taik idung masin (ops!!~).. Nabi Musa sendiri pernah meminta Qarun utk bayar zakat tp dek kedekut nye.. die x nak bayar..

Qarun pernah berkata dgn riaknye.. '' aku mendapat harta ini sbb aku byk ilmu dan pintar. oleh itu orang lain x berhak kpd hartaku..hahahaha'' ( ketawa 'hahaha' itu sekadar penambah perisa yer..)

orang yg kureng sket iman nye.. berpendapat alangkah hebat nye kalau dapat menjadi sekaya Qarun..tetapi bagi yg beriman dan beramal soleh.. pahala Allah lebih baik drpd kekayaan Qarun si bakhil itu..

tidak lame kemudian.. Allah s.w.t telah turunkan bencana free of charge kat Qarun.. habis lah Qarun dan harta yg timbun menimbun ditelan bumi..

sampai sekarang la.. kite semua dok tergile2 cari harta Qarun..

kesimpulannye.. sape yg da kaya raye tu jgn lupe bayar zakat..okeh??


sumber: surah al-qasas (ayat 76-81)
al-quran nul karim
tafsir mahmud yunus

--> da lame x main cari harta qarun.. sape nak join..??


Read Users' Comments ( 2 )

:: three ::

balik serting ari tu xde keje..
cari keje la pelagi..

hasil nyer.. ini lah die..



kek coklat... nyum3

lebihan beads manis tu da jadi beads utk amik VA baby..huhu


--> seyes.. nak buka restoren or cafe sendiri..


Read Users' Comments ( 3 )

::what's on ur mind?::

facebook..
mukabuku..

siapa yg tak tau tu memang la x tau nak cakap apa lagi..

aku yakin setiap org mesti ade akaun fesbuk melainkan ammizura kawan coursemet aku.. hehe.. lebih-lebih lagi komuniti yg lahir pd tahun 1980--1990.. hampir separuh dari kegiatan harian dihabiskan dengan mengadap fesbuk.. hanya sekadar membaca status membe2 lain.. kasi komen2 yg memberangsangkan (cam lain je maksud ayat nih..huhu).. main game2 online.. cit-cet.. raund2 profile org teristimewa atau pe2 jer..

yela..pada waktu sekarang ini.. mojoriti yg berumur 55 tahun dan keatas x mengenal langsung pasal internet..(statement ini sesuai bg warga desa).. yg mereka tahu hanya pop ye-yeh.. da bertuah sgt kalau pandai mesej2 guna henpon dan tekan2 kekunci laptop..

aku cume terfikir.. adakah komuniti fesbuk ini akan meneruskan aktiviti berfesbuk pada 20-30-40 tahun kehadapan.. agaknya apa status yg akan ditulis..



--> semakin bersifat keindividualan.. semakin kurang bercakap.. semakin banyak masalah rabun mata.. mane tak nye.. asyik mengadap bende yg membebaskan radiasi jer (kire aku pon same)..



Read Users' Comments ( 5 )

:: kenapa mereka begitu ::


mengumpat atau kalau nak lebih sedap didengari dikenali sebagai gosip...
kenapa mereka begitu???

bagi seorang yang bekerja untuk pertama kali...
sejujurnya.. aku tak pernah bekerja sebelum ni.. (pemalaskah aku??)
dan ini adalah pekerjaan pertama aku..

suasana bekerja sememangnya berbeza..sangat berbeza.. semua orang tahu..
permulaannya mungkin rasa janggal.. setiap orang sukar untuk dipercayai.. bersikap hipokrik.. baik di depan tapi tikam dibelakang.. arghh.. biarkan mereka.. asalkan aku datang ke sini untuk bekerja.. mencari rezeki yang halal..

politik tempat kerja.. semakin lama semakin jelas.. kadang2 rase kesian gak pada orang yang diumpat tu.. ternyata aku menjadi pendengar setia umpatan keji itu... (ohh..lemah sungguh iman ku..Allah ampunkan aku..!!) haish.. akhirnya aku pon menjadi seorang yg hipokrik juga kah??

aku hanya mendengar.. aku masuk kepada puak yg kuat.. mungkin supaya aku terlindung.. mereka bukannya jahat.. mereka baik.. mangsa yang dipulau bukannya jahat.. juga baik..tak tahu apa silap nya.. atau aku terlalu memandang positif pada setiap orang???

jadi.. keputusan nya.. aku teruskan kerjaku.. biar menjadi neutral.. berdoa supaya berdetik dalam hati mereka perkara yang mereka lakukan itu dosa.. setidaknya mereka tidak mengumpat depan aku.. bolehkah??

err.. aku tgh mengumpat ke sekarang???

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

xde makne nye.. mengumpat dengan sopan.. da mengumpat tu..
mengumpat la jugak..x boleh pakai betul..


--> seronok dgn kerja sekarang.. tp bab tu je yg lemah sket.. huhu


Read Users' Comments ( 5 )

:: gatal lagi ::

mula2: gatal2 tekak

kemudian: sakit tekak dan demam sedikit

selepas itu: batuk tak berhenti2..

arghh.. sabarlah arie.. sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa..

menunggu doktor zalina.. akhirnya akur..aku perlukan antibiotik..


jumaat: sempat lgi2 jln2 dgn nadz kat sogo dlm keadaan batuk2.. haha


--> sabtu: NF vs NF.. CRShop..


Read Users' Comments ( 2 )

:: mee hatiku ::

hari ini nak kongsi resepi mudah dikala kelaparan.. aku salu buat bila rasa malas nak makan nasi.. (ish3 hari2 nasi pon bosan!!)..

dengan ini di perkenalkan--> Mee Meggi Goreng Mamak Hatiku..

bahan2nya:
  • 1 peket mee goreng sedaap sambal goreng
  • hati ayam (ikut suka nak berapa banyak)
  • sebiji telur ayam.. dipukul-pukul terlebih dahulu
  • kacang panjang/kacang botol/cili.. cincang2 sampai putus
  • udang ke.. sotong ke..
cara memasaknya:
  1. gaul hati ayam ngan garam dan goreng.. rangup2 lagi besh..da masak hati.. cincang2 sket..
  2. masak air... da mengelegak.. masuk kan mee meggi.. cili dan kacang2 tersebut.. udang n sotong..
  3. tos bahan rebus tadi (mee dan kengkawannya) bila sudah masak.. itu pon x reti2 lagi..
  4. sekarang.. guna kuali yg berkuali =p.. lagi elok non-stick pan.. panas kan kuali..
  5. masuk kan pek minyak mee meegi yg disediakan... da panas.. masukkan bahan rebus..
  6. kacau2.. klu x cukup minyak tambah la sket lgi.. kemudian tambahan kicap, sambal dan perisa yg disediakan...tak lupa juga hati goreng rangup tadi..
  7. kacau2 lgi.. akhir sekali masukkan telur yang di pukul tadi...
  8. lagi2 kacau... agak2 da sebati telur ngan mee.. tutup lah api..
jeng..jeng..jeng.. ini lah dia Mee Meggi Goreng Mamak Hatiku...


bunga kat pingan tu terbalik la plak..






Read Users' Comments ( 5 )

:: kemudian ::

seronok telefon bonda..
berborak panjang..

kemudian sunyi...

seronok telefon alangque dan fenaque..
berborak panjang..

kemudian sunyi kembali..

mengadap lappyque tanpa berkata-kata..
lihat sahaja..

memang sunyi..
sangat sunyi....................


kipas peneman kala panas dan sejuk...


--> ade perasaan gak aku ini..uhu



Read Users' Comments ( 4 )

::yg maha ESA::

Gempa Bumi di Padang terjadi pada jam 17:16 & 17:58
dan di Jambi pada 08:52 hari berikutnya.

Cuba perhatikan terjemahan :-


ayat surah 17:16, 17:58 & 08:52

1. surah ke - 17: Al-Isra
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (16)

2.Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz). (58)


3. surah ke - 8: Al-Anfal
(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya. (52)


--> aku merasa cebisan gegaran itu..


Read Users' Comments ( 2 )

:: mari berteka-teki::

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau

bertanya (Teka Teki ) :



Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan

kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti

akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah

MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".



Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah

HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu

kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."



IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali =3D " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG

AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan

malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka

kerana gagal memegang amanah."



Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan

sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita

atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "



Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini

adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya

menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



-->nama kan pokok yg hanya wujud di negeri sembilan?



Read Users' Comments ( 0 )

::ouch!!::

don't do this in ur real life..okeh^_^

kalau wat kat tofik.. sedap nih.. hehe

ni name nye hasad al dengki


mean~~ jagalah aurat wahai muslimah diluar sane..



ni da kire bahaya nih..

dan paling x patut-->>>>
|||
||
|


sadis=P

--> heheheeee


Read Users' Comments ( 9 )

::kad kawen::

eh... silap. kad raye selepas raye.. gheh




Read Users' Comments ( 0 )

::tentang si dia::

tazkirah mengenai kelebihan ramadhan....

::ttg nafsu....::

sebelum Nafsu Allah tiupkan kedalam jasad manusia ,
Allah telah membakar Nafsu selama 100 tahun..
kemudian Allah bertanya pada nafsu... siapa engkau? ... maka nafsu menjawap .. aku adalah aku, engkau adalah engkau...

Maka Allah bekukan pula Nafsu selama 100 tahun....
selepas 100 tahun Allah bertanya sekali lagi kepada Nafsu... siapa engkau?... sekali lagi Nafsu menjawap... aku adalah aku, engkau adalah engkau...

maka Allah puasakan pula Nafsu selama 100 tahun...
selepas tu Allah bertanya lagi... maka Nafsu menjawap Engkau adalah Tuhan ku, dan aku adalah hamba mu...

lalu selepas itu baru Allah tuipkan nafsu kedalam jasad manusia...

kesimpulannya bhwa hanya dgn berpuasa sahaja Nafsu kita akan tunduk.... patuh kepada penciptanya...



-->just nak sharing dgn korang sume pada sisa2 ramadan yg ada nih.....


Read Users' Comments ( 2 )

::tadah tangan::

tips mcm mana doa kita tu diterima Allah...

First kita kena puji Allah
2nd kita kena puji dan doakan Nabi Muhammad s.a.w
3rd kita kena doakan utk mak ayah
4rd baru kita minta hajat kita...

Nie 3 syarat utama dalam doa... insyaalah kalau diamalkan .... doa itu akan termakbul... dgn izinNya lah...
Doa dlm bahasa pun bleh, lagi bagus sbb kita faham apa yg kita ckpkan....

contohnya:-

" ya Allah, segala puji bagiMu Tuhan Semesta Alam, Kaulah pemilik langit dan bumi dan seluruh isikandungannya, aku mengakui akan kebesaran dan keagunganMu, aku juga mengakui sesungguhnya Kau lah Tuhan yg Maha Permurah dan Maha Memperkenan............
kau limpahkan lah rahmat mu kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , tempatkan lah baginda ditempat yg terpuji................
ya Allah , kau lindungilah kedua ibu bapa ku dari siksa kubur dan api neraka...................
ya Allah aku memohon pada Mu...........................

nie contoh je... bleh guna ayat sendiri.....
lebih-lebih lagi doa masa 5~10min sebelum buka tu.... ialah sambil tunggu nak buka tu.. doa lah..kalau segan nak baca kuat n angkat tangan ..... nanti org kata tak sabar nak buka plak....gheh.. maka doalah dlm hati ... tadah tangan sekadarnya.......
insyaallah..............




-->ulangkaji ringkas utk diri sendiri dan sahabat2 sekalian..




Read Users' Comments ( 0 )

::suri::

alangkah seronok nyer jadi surirumah..tengok anak2 menyepahkan rumah dan bergaduh..(jeles sungguh ngn kak nor rumah sebelah dengan anak nyer yg comel si nurin izzati).. Mungkin terlebih berangan rie ni.. Kalau la hidup semudah itu..


Beliau adalah seorang surirumah yg sangat ku kasihi...



Read Users' Comments ( 0 )

::perut::

3 moral dari story hadiah raja mesir kepada Rasulullah tu.......

1- Rasulullah mengahwini hamba permpuan Maria Al Qabtiyya tu kerana tujuan utama baginda untuk mengangkat martabat kaum wanita...
ialah zaman dulu wanita tu cuma layak jadi hamba atau gundik je... jadi bila Nabi boleh dan sanggup kahwin dgn hamba... maka bermakna hamba pun tinggi martabatnya disisi Allah, juga Nabi ingin merapat kan hubungan diantara puak kafir Mesir dengan org2 Islam supaya peperangan tak tercetus...


2- Rasulullah terus menceduk dan merasa madu yg dihadiahkan tu sebagai satu adab terima.. iaitu setiap pemberian org kepada kita itu mesti kita alu-alukan walaupun kita tidak suka demi utk menjaga hati sipemberi....'


3- 3 org tabib itu diminta oleh Rasulullah pulang ke Mesir kerana menurut baginda Puasa merupakan ubat dan doktor kepda umat islam..
kerana ketika berpuasa itulah penyakit seseorang itu akan sembuh kerana punca penyakit itu adalah bermula dari perut..... dan isi perut itu adalah dari makanan.... n bila berpuasa penyakit semua terhindar.....



persoalannye.. perut siapakah ini???

wallahhualam..........


--> harap awk dikurniakan Allah seperti itu....


Read Users' Comments ( 3 )

::penawar::

Nak kongsi dgn satu cerita.....

Sblm puasa hari tu surau kat tmpt XX ada kuliah subuh yg dismpaikna oleh ustz. Zamri (radio ikim).

dia ceritakan ttg kelebihan ramadhan...


XX masih ingat satu kisah yg dia sampaikan...

Satu masa dulu, Raja Mesir telah membawa 3 hadiah utk disampaikan pada Nabi Muhammad s.a.w,

iaitu sorang hamba perempuan, madu lebah dan 3 orang tabib.


Hadiah yg pertama seorang hamba perempuan bernama Maria Al Qabtiyya ,

Rasulullah menerima hadiah itu dgn berkahwin dan menjadikna Maria sebagai isteri baginda.


Hadiah yg kedua, madu lebah ( ketika itu mesir merupakan pengeluar madu lebah yg sangat bermutu sejak zaman nabi Musa lagi.. ) – Rasulullah mengambil sedikit madu itu dan merasanya sebagai tanda terima.


Hadiah yg ketiga, 3 org tabib...

Rasulullah memberitahu utusan dari Mesir itu supaya membawa tabib2 itu pulang utk berkhidmat dengan rakyat mesir sendiri..

kerana Sabda Rasulullah Kami umat Islam mempunyai ubat yg sangat mujarab utk mengubati penyakit iaitu berpuasa....


Ada 3 moral of the story dari kisah itu....

Nak tau ke?....

Nanti kita sambung yek....


-->seronok berbuka puasa dgn geng optom di kg baru.. hehe



Read Users' Comments ( 2 )

::hati::

Kalau kita nak mengubat hati... pergilah ke tiga tempat::

pertama

- pergilah ke masjid atau mana2 tempat org membaca quran, sama ada kita membca atau kita mendengar - insyallah hati kita akan menjadi tenang

kedua

- pergilah mana-mana majlis ilmu, dengar lah ilmu2 yg disampaikan - insyaallah kita akan peroleh ketenangan ..

ketiga

- pergilah ketempat sunyi atau ambil lah masa ketika keadaan sunyi utk mengingati diri kita dan pencipta diri kita, lebih-lebih lagi kita bersolat tahajud - ibu kepada penyakit hati -

keempat

- kalau 3 tempat tadi tak juga boleh mengubat hati kita , berdoalah kepada Allah supaya Allah menggantikan hati kita kepada yg baru... kerana kebiasaan nya 3 tempat tu sudah berupaya mengubat hati kita , tak kira lah kita susah hati ke, patah hati ke, jatuh hati ke, iri hati ke, makan hati ke, sedih hati ke, hati kering ke, keras hati ke, hati batu ke... bla-bla....



--> sepenuh hati..





Read Users' Comments ( 0 )

::live::

I was born on a Thursday and since my birthday...
I've been living for 23 years
I've been living for 280 months
I've been living for 1,219 weeks
I've been living for 8,533 days
I've been living for 204,813 hours
I've been living for 12,288,811 minutes
I've been living for 737,328,696 seconds
I've breathed more than 116,666,760 times!
I've blinked my eyes more than 123,666,760 times!
My heart has beaten more than 860,216,770 times!


thank you Allah..


Read Users' Comments ( 0 )

::mulia::

bulan mulia..

sejauh mane??
monolog diri


Read Users' Comments ( 3 )

::anak bulan::

semalam anak bulan x keluar.. mak die x kasi keluar sebab nanti boleh kene H1N1.. jadi.. confirm puasa ari sabtu nih.. so, selamat berpuasa semua.. !!!



--> x sabar nak buka puasa dgn keluarga minggu depan^_~


Read Users' Comments ( 2 )

::menulis::

aku ingin sangat menulis.. menulis apa yg ingin aku tulis.. namun dalam kotak otak dan hati ku.. masih tiada tulisan yang ingin di tulis..



pertama kali belajar melakukan 'peace'

--> x sah kalau ambil gambar tanpa si jari '2' itu


Read Users' Comments ( 4 )

::sdasaREunion::

sabtu
1 ogos 2009

reunion sek men keb dato' hj abdul samad.. wah.. senang plak aku aku sebut nama sekolah aku nih.. salu nye berbelit2 lidah nak sebut.. (oi..ni menulis la:P)huhu

yg datang:: aku, eisya, sheda, abil, didie, as, si kembar lia n jiha.. n some other..

bagus ada perjumpaan semula cam nih.. seronok.. sepanjang malam borak2 pasal kenangan.. pasal diri skarang.. gosip2 dulu, sekarang dan selamanyer.. rindu.. kalau dapat kumpul semua membe klas dulu lagi bes.. specially ahli TOP!!

::geng hostel SDASA::

jangan lupa kite akan buat REunion utk hostel shj selepas raya nih.. tarikh belum ditetapkan lagi.. x perlu formal.. ini permintaan cikgu jamaliah yg teringinnn sangat nak jumpa anak2 yg pernah hidup sebumbung seketika dulu sebelum beliau berpindah ke seberang laut..

so..pelagi.. contact rakan2 lama yg pernah menjadi keluarga hostel SDASA.. sebar2kan dan rapat2kan yg jauh..


makan malam


sesi bergamba di sunshine..hehe




pusing2 SDASA..


Read Users' Comments ( 3 )

::memories::

Sunday, July 19, 2009
10:08 PM

Memory ataupun kenangan.. Betul ke 'memories have no power'??

::Memories have no power::

Mungkin betul sebab kenangan hanya tinggal kenangan.. Hanya untuk dikenang ketika ada mase untuk mengenanginya.. Waktu sibuk mana ada mase utk mengenang kenangan-kenangan lama.. Lagipon.. Mengibukkan diri adalah salah satu terapi untuk melupakan kenangan pahit yg tidak mahu untuk dikenangankan lagi.. seperti melupakan kenangan dengan bekas kekasih hati.. Bekas isteri.. Bekas suami.. Dan segala bekas yang membekaskan dihati seseorang..urmm..

Mungkin betul juga sebab kenangan adalah masa lalu.. Orang yang selalu mengenangkan masa lalu adalah orang yg keterbelakang.. Orang yg tidak mahu memajukan diri untuk menuju ke hadapan.. Tiada kuasa untuk memajukan diri seseorang selain daripada usaha diri nya sendiri.. Semua ini pon da tertulis dalam kalam Allah.. Kalau asyik mengenang kenangan sampai bila la nak berjaya.. Urmm..

Namun.. Kenangan adalah masa lampau yang adakala mampu membuat seseorang tersengih..tersenyum..tergelak walaupun sekali pintas terkenang.. Kenangan juga mampu membuat seseorang menangis dan meraung keseorangan..

Apapun tanggapan terhadap kenangan..ia tetap adalah sebahagian daripada citra hidup seseorang yang tidak boleh diulang semula..disunting ataupun diperbetulkan.. Cuma boleh diulang tayang dalam ingatan sahaja..

Terima kasih kenangan.. Kerana mengajar aku 1 perkara pada setiap saat aku bernafas.. Terima kasih pada yang Esa kerana menjadikan manusia ini pelupa.. Jika tidak.. Mungkin otak ini sesak dengan kenangan yg x perlu untuk dikenang.. Uhuk3..





Kenangan raya 1429H..adakah kenangan seakan2 ini berulang pada hijrah kali ini???


Read Users' Comments ( 3 )

::reunion::

Thursday, July 09, 2009
11:27 PM

Ada apa dengan 'reunion'? Jumpa2 kawan lama2.. Borak2.. Tentang diri.. Tentang sekarang.. Skali skali mengimbau kenangan lama yg buat suasana hingar dengan gelak ketawa.. (mak aih.. Ayat x le tahan.. Hahaha)

So.. Reunion.. Pada 1 ogos ini untuk murid tua SDASA (sek men dato' hj abdul samad).. Exklusif di organize oleh dato' isa samad.. Harap betul2 la.. Jgn ade yg wat cite semata2 nak tipu duit sudah.. Aku da merasa kene tipu bab kumpul duit nih time skolah mrsm lu..huhu..

Lama da x jumpa kawan skola.. Urm rase nye hampir 8 tahun sebab aku pindah mase form 4.. Except geng TOP.. Ade gak jupe dorang.. lagipon rumah dekat2.. (dekat jer.. Tp susah gak nak jupe)

Ape yer.. Do's and don’t time reunion???
i. Perlu ikut tema perjumpaan..
ii. Jangan terlalu asyik ngn makanan.. Hello! ni nak makan ke.. Nak jupe kawan??
iii. Pakaian tidak terlalu over untuk menarik perhatian
iv. Jadi diri sendiri..
v. Jangan bercerita tentang kehebatan diri dengan berlagak nyer.. Huh!

Ya lain tambah sendiri… hehehe

---> nak sangat jumpe ngn dak yg kasi kad raya 3310 time skolah lu..gheh:p


Read Users' Comments ( 2 )

::dugaannya::

Thursday, July 09, 2009
11:17 PM
Telah merasa dugaan yg betul2 menjadikan aku lebih dewasa.. Bila tanggungjawab di atas bahu.. Rasa x mahu untuk mengecewakan insan tersayang.. Biarlah diri derita.. Asalkan dia tak merasa susah walaupun sedikit.. Urmm..

Untuk akan datang.. Perlu berusaha..

---> Thanks eisya.. Luv u sooooo much!!!


Read Users' Comments ( 1 )

::sengsorang::

Wednesday, June 24, 2009
8:21 PM

Sengsorang di sini.. Makan sengsorang.. Dok tgk org sengsorang..jalan sengsorang..dalam train sensorang..bosan betul ngn life cam sengsorang.. Tp ape nak wat.. cam tuh la dikatakan kerja.. Bekerja memang la sengsorang.. Walaupun ada istilah team work.. aku masih xde kwn yg bole wat aku excited nak dtg keje.. Idup orang bekerja memang membosankan.. Mungkin hidup belum lagi bekembang.. Perlukan masa..yer.. perlukan masa..mungkin aku perlu fikir pesakit adalah benda paling excited untuk aku datang kerja.. (arie masih lagi positif!)

::Kerja dan belajar vs belajar::

Dulu hanya setakat belajar.. Tp sekarang adalah masa untuk kerja dan belajar.. Sbb banyak perkara lagi aku x tahu masa belajar saja dulu.. Teruk betul..ingatkan sudah lengkap dan dilengkapkan..masih x cukup.. Belajar dari pengalaman itu yg berharga.. Aku sengaja buat silap..( x nak mengaku mmg kesilapan sendiri :P) sbb mahu belajar dari kesilapan.. Memang banyak buat salah masa mula2 bekerja.. Rase nak menangis jek.. Kenapa perkara semudah itu pun aku x leh buat dengan betul.. X cukup lagi ke belajar di situ* dulu.. Arghh.. Memang x cukup la rie!!! Tapi x mahu lagi belajar secara formal.. Aku suka belajar secara x formal cam ini.. Ini lah aku mahukan dari dulu.. (sudah pening dengan ayat2 sendiri~~)

Dari dulu terfikir kenapa aku kene belajar sampai universiti..kene pilih bidang ini..kenapa x kerja jer dari dulu.. Kalau da kerja dari dulu.. Kaya ke aku.. Serba sedikit da bole bantu mak ayah dari dulu.. X kisah la jadi kerani ke ape.. Atau ambil bidang yg betul2 aku suke buat cam melukis dan memasak..lagipon cita2 aku nak jadi surirumah..kalau lah surirumah ada gaji cam degree..ada elaun.. Kwsp..ada bonus tahunan.. Cuti tahunan dan emergency.. mesti beramai2 nak jadi suri rumah..huhu..

Tapi dari sudut positif aku berkata.. Aku perlu pilih jalan ini sebab Allah telah beri aku sedikit kelebihan..( mungkin kah??) jadi seperti bapak sedara spiderman kate.. "Big power big responsible." (entah la lebih kurang cam tu pakcik tu kate) menjadikan aku adalah aku hari ini… Adakah aku menyesal.. Tak.. aku bersyukur.. Malah bersyukur banyak2 dengan menadah tangan sengsorang..


Read Users' Comments ( 0 )

dAy74:: kerja..kerjaa..

salam..

sekarang sudah ade kerjaya.. baru bermula 2 minggu setengah.. rumah sewa baru tak ada internet lagi.. tunggu gaji pertama nak masuk internet.. itu adalah sebab kenapa da lama tak update 'bukan di atas kertas'

hehehe


Read Users' Comments ( 7 )

dAy73::kesabaran

sandaran kepadamu..
wahai kesabaran..
menjadikan aku lebih dewasa..
menjadikan aku lebih tabah..
mengajar aku tentang hidup..
berusaha keranaMu..
ku bersyukur..



terima kasih ema..kerana sudi jadi model tesis.. gambar mu terabadi dlm tesisku..gheh3

--> akhirnya jilid siap..^_~


Read Users' Comments ( 9 )

dAy72::kasutVSkekasih

cik C (bukan nama sebenar) menganggap..mencari kekasih hati seperti mencari kasut..
kasut.. kenapa la jadi kasut??
kasut oh kasut....

klu da perempuan..memang susah betul cari kasut.. da cantik..sakit plak mase pakai..
kalau nak selesa sket.. salunya design nye x berapa nak ok..
tepuk dada tanya selera la..
kadang2 dari pagi sampai petang x jumpa2 jugak kasut yang nak dicari tuh..
sambung lagi esok dan hari seterusnya..huhu
da jumpa.. da suka..beli la.. tapi bile try..ketat pulak kat kaki.. tak pun..terbesar.. adus.. boleh tukar saiz ye kaki dalam masa tak sampai 24 jam..
isk3..

susah juga nak cari kasut nih..
tapi kalau da terdesak tuh.. main amik je kasut yg ade.. sebab da nak guna sangat..
tawakal saje la..
pernah juga.. da beli kasut@sandal..cantik sungguh..da la kemain lame memilih..last2 kecil pulak..mahal tu satu hal.. so, try la jual kat mudah.com.. ade gak yang berminat..tp saiz kaki peminat tidak merestui.. uhuk3.. jadi hiasan saje la ko wahai kasut..

oleh itu, kesimpulannya.. adakah mencari kasut seperti mencari kekasih..??
(hmm.. tengah fikir lagi nih)













-->pergi interview sepatutnya kene pakai kasut ok


Read Users' Comments ( 10 )

dAy71::trimasSS

terima kasih kepada yang Dikasihi..
terima kasih kepada memberi..
terima kasih kepada menyanyangi..
terima kasih kepada menyintai..


keindahan pokok 'WOWW!!'


ber'jungle' la kami.. saja nak kuarkan peluh yg segan2 nak kuar


kuala lumpur.. aku sangat BUHSANNN!!


nak tahu cerita di sebalik gambar-gambar ini.. sila klik di sini - pink'N'green:FRIM


---> tunggu hard cover siap.. cepat la~~





Read Users' Comments ( 6 )

dAy70::sisa masa di RAH

PLAZA RAH-pasti akan dirindui..


view dari meja study..asyik pandang menara kl jek..tapi x penahnya nak pergi sana..huhu
(agaknya..orang kat menara boleh nampak aku ke??)


plaza kebanggaan dato' rah


cik arie meninggalkan byk jejak di tingkat 17


Read Users' Comments ( 0 )

dAy69::aftercare

::kanta sentuh::

selepas dah lama tidak mengeluarkan entri baru, cik arie mahu bercerita serba sedikit tentang lawatan lanjutan atau aftercare kanta sentuh.. almaklumlah, baru habis exam klinikal kanta sentuh tadi..hehe

ramai yang tidak tahu tentang lawatan lajutan selepas mendapat preskripsi kanta sentuh.. kenapa perlu lawatan lanjutan ini.. antara sebab tersebut adalah:

1. untuk memastikan tahap kesihatan mata
2. menentukan kesesuaian kanta sentuh, larutan penjagaan kanta sentuh pada mata pemakai
3. menentukan pengurusan masalah yg timbul akibat pemakaian kanta sentuh

alat diperlukan:

1. slit lamp (intrumen khas untuk melihat struktur mata)
2. flouresin strip (pewarna mata)
3. saline ( air garam yg suci..huhu)

siapa yg perlu aftercare:

1. pemakai kanta sentuh kali pertama (seminggu selepas guna, 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan)
2. aftercare setiap 6 bulan bagi pemakai yang da lama..(tanpa simptom yg teruk)

siapa yg check mata tersebut:
1. optometrist


nilah akibat ketidaksesuaian kanta sentuh atau larutan penjagaannya pada mata



jadi, sekarang sudah tahu kan kepentingan aftercare ni?? apa lagi..kepada pemakai kanta sentuh kalian.. pastikan anda mendapatkan optometris yg terdekat untuk aftercare..xD

-->harap berjaya


Read Users' Comments ( 5 )

dAy68::pakar matematik


(sumber - slumberRAJA)

menggantung diri bukan pilihan terakhir..hahaha

--> jawapan ni paling lawak..kahkah


Read Users' Comments ( 2 )

dAy67::selepas exam

peperiksaan sudah berlalu..sekarang cuma menunggu untuk re-sit exam klinikal kanta sentuh sahaja..tesis?? masih dalam proses pembetulan oleh penyelia..urmm
jadi apa lah nak buat lepas exam nih.. ??

adakah patut::

kerja..?
tidur sepanjang hari?
jalan-jalan cari makan?
ngadap lappy sahaja?

d'oh..buhsan..........................................................................................

::kerja kerjaya::
semua sudah tahu..di mana pun sama sahaja kerja.. alah..kerja optometris..sebagai optometris.. bagus atau tidak itu bergantung kepada diri sendiri.. seronok atau tidak itu berbalik kepada diri sendiri juga.. apa-apa pun.. tetapkan rancangan hidup.. tanya pada diri apa yang ingin dicapai??

-->cik arie suka cerita matahari..hee


Read Users' Comments ( 0 )

dAy66::been awarded

1. first insert this badge or the pic above to inform u have been awarded.


2. make sure you take the picture and said it is from.
from enchik ijat..tQ ^_^

3.you should tell 10 facts or hobbies bout yourself.
kidal

berkacamata
simple n sweet..ececeee
suke masak2
dan juge makan2
menggemari jalan2 menikmati keindahan alam
menulis
melukis (yg ni da lame x buat)
insyaAllah abis blaja taun nih
urm...abis da idea..huhu

4.you should choose 2 other bloggers and tell their name.
http://mereka123.blogspot.com/-akey87
http://nukerude.blogspot.com/ -N


Read Users' Comments ( 3 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...