::jalan::



jalan ini yang aku pilih..
biar kerana Dia..



@putrajaya




--> hebat tak aku.. bawa kerete sambil tangkap gambar.. huhu


percayalah sangat!




Read Users' Comments ( 0 )

::kesalahan::



salam..


alahai.. ini bukan kali pertama dan juga bukan kali kedua.. bermula tahun 2011 ni aku agak ini yang ke-5.. aish..


tapi as a human being and being human.. aku tetap tak lepas dari keSALAHan.. keSILAPan.. keALPAan.. keRUGIan.. keCUAIan.. keLALAIan.. keKANTOIan.. dan juga keMALUan??

ini mesti ada yg mengganggu fikiran aku nih.. ataupun mungkin terlalu sibuk masa dan ketika itu.. sehingga terlepas pandang pada sekecil-kecil kesalahan yang boleh menyebabkan sebesar-besar masalah.. pada aku.. pada orang yang terlibat itu.. aduss

oh.. kenapa aku salah tulis sign pada prekripsi tu.. dan kenapa lah juruoptik atau pun optometrist kat luar sana tak nak re-check penglihatan dengan preskripsi yang diberikan tuh.. kalau kanta murah boleh la aku bayar ganti rugi.. kalau dibuatnya kanta yang beribu-ribu.. bagaimanakah?? alih-alih jadi kes mahkamah lak nanti..


so, lepas ini.. berhati-hati dalam permindahan data.. jangan ganggu aku.. sebab tumpuan akan berkurangan jika diganggu..



OpocotOmakEkau..







--> aku pasti anda juga begitu..







Read Users' Comments ( 3 )

::awak ingat tak?::



awak ingat tak?.. masa belajar dulu.. beria-ia kita membuat ibadah sunat.. sunat hajat.. taubat.. tahajud.. mengharapkan permudahkan segala ilmu.. dapat keputusan peperiksaan gempak-gempak.. harap takkan dapat surat amaran ptptn atau jpa pasal pointer teruk..

tapi.. sekarang.. bila sudah bekerja..dapat duit masyuk-masyuk tiap bulan.. amalan-amalan itu cuma tinggal kenangan saja..




awak ingat tak?.. masa belajar dulu.. kita selalu bersama-sama pergi usrah dan halaqah.. sebagai pengisian.. cari ilmu sebanyaknya..

tapi.. sekarang.. bila sudah bekerja.. gedung membeli belah adalah tempat utama yang perlu kita tujui.. tengok wayang.. berkarok lagi-lagi dengan teman tempat kerja..




awak ingat tak?.. solat awal waktu menjadi perkara yang dikejar-kejar.. lagi-lagi sebelum nak study malam-malam..

tapi.. sekarang.. bila sudah bekerja.. solat asalkan solat saja.. awal akhir belakang kira.. kerja jadi utama..




awak ingat tak.....?



dimana pun awak.. beristiqamah lah..
dizaman apa pun awak.. beristiqamah lah..
awak dan saya..









--> bingkisan peringatan untuk diri sendiri dan anda..



Read Users' Comments ( 2 )

::aman::





aku bersyukur negara yang aku diami waktu ini amat aman.. tiada perpecahan.. tiada 'racist' secara terang-terangan.. walaupun dalam hati tiada siapa yang tahu.. alhamdulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah..


bekerjaya dalam bidang yang berkhidmat untuk masyarakat seperti aku.. perlu banyak bersabar.. lagi-lagi menghadapi karenah.. terutama orang yang menganggap mereka lebih 'kaya', 'berharta' dan 'berkedudukan'.. kenapa mereka begitu???


pelbagai kaum di tempat kerja buat aku lebih memahami tentang bangsa, kaum dan agama lain.. pandangan bangsa melayu dan india terhadap cina rupanya sama.. begitu juga bangsa melayu dan cina terhadap india.. dan pastinya mereka yang berbangsa india dan cina mempunyai pandangan yang sama terhadap kita... bangsa melayu.. well..well..well..



peace in green of Malaysia



@ LRT masjid jamek




--> tiba-tiba rasa nak belajar pasal perbandingan agama.. pasal agama lain..




Read Users' Comments ( 1 )

::seperti bawang::




erm.. apa yang aku nak coretkan.. buntu.. aku bukan penulis hebat.. haish..



sebulan telah berlalu.. lagi 11 bulan dalam tahun 2011.. tiada apa yg menarik mungkin dalam tahun ini.. sebab itu aku mahu ia cepat-cepat berlalu.. penat merenungi hari-hari sepi.. dan kerja dan kerja.. terfikir mahu saja berhenti kerja di sini.. dan tinggal di kampung, dekat dengan bonda.. erm.. semua ini buat aku menangis.. seperti bawang yang tak pernah gagal buat air mataku mengalir.. oh Tuhan, harap aku dapat hadapi hari-hari itu dengan tabah.. walaupun aku bukan setabah mana..



namun yang pastinya, aku tak sabar melihat kakakku tersayang, zylot berhias indah di hari bahagianya.. hari yang dinanti-nantikan.. semoga dipermudahkan..



hijau daun..



burung itu bersembunyi





--> jangan harap bawang boleh buat aku menangis lagi.. cess



tiada bawang di sini..


Read Users' Comments ( 5 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...