:: kenapa mereka begitu ::


mengumpat atau kalau nak lebih sedap didengari dikenali sebagai gosip...
kenapa mereka begitu???

bagi seorang yang bekerja untuk pertama kali...
sejujurnya.. aku tak pernah bekerja sebelum ni.. (pemalaskah aku??)
dan ini adalah pekerjaan pertama aku..

suasana bekerja sememangnya berbeza..sangat berbeza.. semua orang tahu..
permulaannya mungkin rasa janggal.. setiap orang sukar untuk dipercayai.. bersikap hipokrik.. baik di depan tapi tikam dibelakang.. arghh.. biarkan mereka.. asalkan aku datang ke sini untuk bekerja.. mencari rezeki yang halal..

politik tempat kerja.. semakin lama semakin jelas.. kadang2 rase kesian gak pada orang yang diumpat tu.. ternyata aku menjadi pendengar setia umpatan keji itu... (ohh..lemah sungguh iman ku..Allah ampunkan aku..!!) haish.. akhirnya aku pon menjadi seorang yg hipokrik juga kah??

aku hanya mendengar.. aku masuk kepada puak yg kuat.. mungkin supaya aku terlindung.. mereka bukannya jahat.. mereka baik.. mangsa yang dipulau bukannya jahat.. juga baik..tak tahu apa silap nya.. atau aku terlalu memandang positif pada setiap orang???

jadi.. keputusan nya.. aku teruskan kerjaku.. biar menjadi neutral.. berdoa supaya berdetik dalam hati mereka perkara yang mereka lakukan itu dosa.. setidaknya mereka tidak mengumpat depan aku.. bolehkah??

err.. aku tgh mengumpat ke sekarang???

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

xde makne nye.. mengumpat dengan sopan.. da mengumpat tu..
mengumpat la jugak..x boleh pakai betul..


--> seronok dgn kerja sekarang.. tp bab tu je yg lemah sket.. huhu


Read Users' Comments ( 5 )

:: gatal lagi ::

mula2: gatal2 tekak

kemudian: sakit tekak dan demam sedikit

selepas itu: batuk tak berhenti2..

arghh.. sabarlah arie.. sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa..

menunggu doktor zalina.. akhirnya akur..aku perlukan antibiotik..


jumaat: sempat lgi2 jln2 dgn nadz kat sogo dlm keadaan batuk2.. haha


--> sabtu: NF vs NF.. CRShop..


Read Users' Comments ( 2 )

:: mee hatiku ::

hari ini nak kongsi resepi mudah dikala kelaparan.. aku salu buat bila rasa malas nak makan nasi.. (ish3 hari2 nasi pon bosan!!)..

dengan ini di perkenalkan--> Mee Meggi Goreng Mamak Hatiku..

bahan2nya:
  • 1 peket mee goreng sedaap sambal goreng
  • hati ayam (ikut suka nak berapa banyak)
  • sebiji telur ayam.. dipukul-pukul terlebih dahulu
  • kacang panjang/kacang botol/cili.. cincang2 sampai putus
  • udang ke.. sotong ke..
cara memasaknya:
  1. gaul hati ayam ngan garam dan goreng.. rangup2 lagi besh..da masak hati.. cincang2 sket..
  2. masak air... da mengelegak.. masuk kan mee meggi.. cili dan kacang2 tersebut.. udang n sotong..
  3. tos bahan rebus tadi (mee dan kengkawannya) bila sudah masak.. itu pon x reti2 lagi..
  4. sekarang.. guna kuali yg berkuali =p.. lagi elok non-stick pan.. panas kan kuali..
  5. masuk kan pek minyak mee meegi yg disediakan... da panas.. masukkan bahan rebus..
  6. kacau2.. klu x cukup minyak tambah la sket lgi.. kemudian tambahan kicap, sambal dan perisa yg disediakan...tak lupa juga hati goreng rangup tadi..
  7. kacau2 lgi.. akhir sekali masukkan telur yang di pukul tadi...
  8. lagi2 kacau... agak2 da sebati telur ngan mee.. tutup lah api..
jeng..jeng..jeng.. ini lah dia Mee Meggi Goreng Mamak Hatiku...


bunga kat pingan tu terbalik la plak..






Read Users' Comments ( 5 )

:: kemudian ::

seronok telefon bonda..
berborak panjang..

kemudian sunyi...

seronok telefon alangque dan fenaque..
berborak panjang..

kemudian sunyi kembali..

mengadap lappyque tanpa berkata-kata..
lihat sahaja..

memang sunyi..
sangat sunyi....................


kipas peneman kala panas dan sejuk...


--> ade perasaan gak aku ini..uhu



Read Users' Comments ( 4 )

::yg maha ESA::

Gempa Bumi di Padang terjadi pada jam 17:16 & 17:58
dan di Jambi pada 08:52 hari berikutnya.

Cuba perhatikan terjemahan :-


ayat surah 17:16, 17:58 & 08:52

1. surah ke - 17: Al-Isra
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (16)

2.Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz). (58)


3. surah ke - 8: Al-Anfal
(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya. (52)


--> aku merasa cebisan gegaran itu..


Read Users' Comments ( 3 )

:: mari berteka-teki::

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau

bertanya (Teka Teki ) :



Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan

kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti

akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah

MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".



Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah

HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu

kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."



IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali =3D " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG

AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan

malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka

kerana gagal memegang amanah."



Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan

sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita

atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "



Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini

adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya

menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



-->nama kan pokok yg hanya wujud di negeri sembilan?



Read Users' Comments ( 0 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...