Toha dan Ocular - Episod 1




 4 Disember 2018

           Walau sudah 2 atau 3 kali, mata Toha diperiksan penglihatan visualnya, namun keadaan retinanya tidak diambil tahu. Mungkin disebabkan ibunya yang memeriksanya. Pelik. Bukankah ibu selalu hendak yang terbaik untuk anaknya. Tetapi apabila ia datang kepada bab keihatan. Dan yang paling ironinya, ibu Toha seorang Optometris, namun tidak diperiksa belakang mata Toha. Leka. Itulah bias apabila ibunya sendiri yang lakukan pemeriksaan. Agaknya doktor juga begitu apabila menguruskan masalah kesihatan anak mereka sendiri. Entahlah.

           "Makan ubat ini dan sila datang ke klinik kesihatan yang berhampiran untuk dapatkan tanda tangan jururawat ya setiap 1 atau 2 hari sekali". Itulah kata-kata farmasis kepada bapa Toha selepas keluar daripada wad 8 Hospital Selayang.

           Masalah mata Toha dianggap disebabkan oleh kuman Tuberkulosis. 1 beg ubat berserta buku rekod pesakit Tibi dibekalkan semasa menyemak keluar hospital tempohari. Hancur luluh hati ibu dan bapa Toha apabila melihat anak mereka perlu makan pelbagai ubat berwarna-warni. Tidak seceria warna hati ibu dan bapanya. Toha, budak yang kuat. Berlapang dada menerima apa sahaja yang doktor preskripsikan.

          Toha bukan dijangkiti Tibi. Ujian kulit dan x-ray dada juga menunjukkan negatif. Tetapi begitulah cara doktor pakar mata atau dikenali oftalomologi menguruskan pesakit dengan masalah retinopati. Bersedia untuk yang lebih buruk. Margin diska optik mata Toha membengkak, muncul salur darah baharu yang tidak normal. Menitis air mata ibu Toha melihat hasil tangkapan imej pada mesin Optical coherence tomography (OCT) kerana dia faham apa yang telah berlaku di belakang mata anak sulong nya itu. Inflamasi dan edema makula. Semua diagnosis penyakit mata yang pernah dipelajari dahalu keluar satu persatu. Luluh.

        "Aku bersyukur anakku tidak seteruk orang lain. Aku bersyukur kerana aku Optometris, jadi aku tahu apa yang Allah duga pada aku sekeluarga", monolog ibu. Toha masih mampu melihat dengan jelas walaupun tidak optimum, masih boleh membaca, melihat ibu dan ayahnya. Toha mampu melukis dengan baik karektor kartun kesukaannya. Syukur.

bersambung...



Read Users' Comments ( 0 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...