::aku mahu dia::

bukan sudah aku katakan..
aku tak mahu seorang teman lelaki..
aku hanya mahukan seorang suami..
kerana aku tak percaya lafaz cinta seorang lelaki..
lafaz cinta tanpa akad suci itu..
akad yg menyatukan 2 hati atas keredhaan-Nya..


adakah kau masih menuduh aku seorang yg memilih?


memory#1:lukisan lama.. terjumpa kat rumah semalam..huhu


Read Users' Comments ( 4 )

::dia menangis::

tangisan itu.. terus menangis.. teruskanlah..

10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim

  1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  2. Menangis kerana rasa takut.
  3. Menangis kerana cinta.
  4. Menangis kerana gembira.
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  6. Menangis kerana terlalu sedih.
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.

model: nurin izzati

-->la tahzan



Read Users' Comments ( 1 )

::itu bukan hipokrit::

pasal aurat.. lebih2 lgi manusia bernama 'wanita'.. ermm.. semua sedia maklum.. sudah termaktub dlm Al-quran.. kod pakaian sebagai muslimah.. tp kenapa masih menafikan??

manusia lemah.. alasan diberi seribu alasan.. contohnye cam:
  • klu aku tudung.. aku cume hipokrit.. sbb aku x ikhlas pon nak pakai tudung..
  • mak aku pon x pakai tudung.. (der..)
  • aku x dpt hidayah lagi..
  • keje aku membataskan aku la..
  • org yg tutup aurat tu lagi teruk dr aku.. memalukan jek..
  • x semestinya org yg free hair ni jahat ey..
  • nnt da tua.. aku tau2 sendiri la..

pengalaman sendiri.. aku penah kasi alasan cam kat atas nih dulu.. mase tgh2 keliru dgn pesonaliti sendiri.. aku pk.. aku mahu jadi yg bese2 je.. ala2 kadar.. pakai tudung.. simpang belakang.. baju xde la sendat x sendat sgt.. tp berfesyen sket..

betul.. bile kite cube dekat dgn-NYa.. sejuta kli Dia menghampiri kite.. percaya lah.. tips nye.. baca Al-quran dan maksudnya.. fahami ape yg Dia mahu sampaikan kpd kite.. insyaAllah..

harap anda luangkan sket masa utk baca dan fahami tazkirah ringkas dr ustaz Zaharuddin Abd Rahman ni..(di olah smula oleh aku).. tentang pertanyaan dr seorang wanita yg keliru mancari diri..

:: wanita.aurat.hipokrit::

Allah swt dan RasulNya telah tetapkan sume wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.


oleh itu, soal ikhlas atau tak, suka atau tak, disuruh orang lain atau terbit dr hati sendiri, sorg muslimah tetap wajib di sisi Allah utk menutup aurat


contohnye.. sorg pemandu Malaysia yg x bkemah..tinggal di UK.. die terpaksa ubah cara memandu sbb hemah pemandu di UK mmg tinggi.. sape sj yg buat pasal kan jalanraya..akan kene tegur dr pemandu yg lain..malah perkara itu akan dibawa kpd polis..


ats sbb itu.. pemandu m'sia yg asalnya brutal.. TERPAKSA kene ubah perangai bila tinggal di UK.. x kira die ubah sbb hipokrit, tpaksa, tak ikhlas atau ape jua alasan.. hakikatnye.. die MESTI berubah.. krn itu adalah sistem dan peraturan di sana.. ambil mudah peraturan ini akan memudaratkan diri sendiri n org lain..


sama sperti menutup aurat dan bertudung.. perkara ini adalah peraturan agama Islam..ambil mudan akan memudaratkan diri sendiri dan org lain.. (sbb lelaki yg melihat aurat wanita bkn mahram dpt dosa dan dosa itu dikongsi dgn wanita tersebut)


oleh itu, hipokrik tak bole sama skali menjadi PENGHALANG utk kerjakan KEWAJIPAN Islam.. termasuk menutup aurat.. ini adalah suruhan Allah.. dan hak-Nya utk menguji hamba-Nya


perkara ini.. sama sperti mendirikan solat.. bayar zakat.. puasa ramadan.. dan sume arahan.. samada seseorg itu ikhlas atau tak.. tpaksa atau tak.. wajib melakukannya.. walaupon dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap ikhlas..


apa yg perlu dilakukan adalah terus berusaha utk perolehi keihklasan:)


perlu diingat.. seseorg yg tutup aurat.. dan tunaikan solat scr ikhlas atau separa ikhlas.. maka die akan perolehi ganjaran sekadar ikhlasnya.. tp tggungjawab fizikal yg wajib dilakukan suda trlaksana scr zahir.. atau kata lain.. dia hnya berDOSA SEKALI sbb x lakukan scr ikhlas..tp da terhindar dr dosa tak kerjakan yg wajib tuh..


tp.. jika berdegil gak.. tak mahu tutp aurat dan juga x solat.. sbb alasan TAK IKHLAS.. TAK MAHU HIPOKRIT dan sbgnya.. tindakan tu da jadikan die berDOSA scr fizikal dan rohani (spiritual).. atau kata lain nye.. berDOSA 2 kali.. dosa pertama n kedua skali gus.. malah lebih teruk klu dosa tak tutup aurat tu bercambah.. sbb dosa tu sebyk mata lelaki yg melihat..


bg yg tak ikhlas tadi.. sekurang2nye.. dia da terselamat dr cambahan dosa mata lelaki..


kesimpulannya.. 'ingin berubah hasil dr hati sendiri'.. 'tak ikhlas'.. 'tak mahu hipokrit'.. itu sume bisikan syaitan yg ingin sesatkan hamba Allah supaya trus menjauhi kewajipan sbg muslim..


sedarlah.. jgn terpedaya.. ingat bterusan dlm dosa..sedangkan mengetahui hukum nya.. ini akan menambahkan kemurkaan Allah swt..




bagi aku.. ade 3 peringkat sebagai muslim..

pertama: muslim yg bese.. ade yg ikut..ade x tertinggal
kedua : mukmin yg berusaha utk diri sendiri kearahNya.. utk menjadi lebih baik
ketiga : mampu berdakwah kpd yg lain

anda di peringkat yg mana?


--> mari berusaha bersama2




Read Users' Comments ( 2 )

::malam::

"demi malam, apabila ia telah gelap"
( At-Takwir, ayat 17 )





Read Users' Comments ( 2 )

::keratokonus::

::me as optom::

sejak akhir2 ni.. aku byk fitting rgp (sejenis contact lens separuh keras) khas utk pesakit keratokonus.. keratokonus ni kire cam mata dorg ni.. part paling depan yg dikenali sbg kornea tu berbentuk kon..

kalau orang normal berbentuk bola sepak.. atau bentuk bola ragbi utk yg ade silau ( astigmatism)

masalah orang keratokonus nih.. penglihatan dorg x kan baik dgn bantuan cermin mata atau kanta sentuh lembut (soft contact lens) bagi tahap yg sederhana ke teruk..

jadi, nak tak nak.. terpaksa gak pakai kanta sentuh rgp-k ni utk mengawal progresi masalah keratokonus nih.. kalau da teruk bole sebabkan apeks kon tu terbuka atau terluka dan menjadi parut.. seterusnya kebutaan..

kalau ikutkan.. terdapat beberapa pilihan utk keratokonus.. mengikut tahap masalah

1.tahap mula2
  • masih bole pakai spek dan penglihatan baik.. dan selalu nya pesakit x sedar ade masalah ini.. tanda awal.. power silau yg tinggi.. gatal2 mata.. selalu tukar cermin mata
2.tahap medium
  • dgn pakai spek.. penglihatan tetap x baik.. dan disini bermulanya gune RGP keratokonus.. biasanya harga 1 keping RGP dlm RM500-600.. kalau buat dgn hospital krjn murah sikit kot..
  • masih gune RGP.. pesakit boleh gak guna pilihan proses 'cross linked'.. iaitu 1 alternatif utk menguatkan stuktur kornea yg da jadi kon tuh.. dgn itu.. progresi keratokonus lebih perlahan atau berhenti.. kaedah ni perlu pemantau berkala.. kos antara RM2000-3000 utk 1 mata.. kbiasaannya.. keratokonus tidak berlaku pd kedua2dua mata scr serentak..
  • utk yg tidak mahu gunakan RGP keratokonus.. kaedah yg dikenali sbg 'kera-ring'(intacs) juga dapat membantu pesakit ni.. konsep nye utk mengurangkan bentuk kon pd kornea yg bermasalah tu.. kos biasanya RM8000 utk 1 mata..
3. tahap teruk
  • pilihan terakhir utk pesakit keratokonus adalah gantian kornea.. kornea penderma diperlukan disini.. kornea yg rosak diganti dgn kornea baru..kos .. x sure plak.. sowy






-->tabik kpd penderma organ.. anda hebat!!


Read Users' Comments ( 2 )

::gangguan::

aish.. terganggu oleh si pengganggu

ape pandang2? x puas ati ngn aku?





--> selamat HARI IBU!! peace



Read Users' Comments ( 3 )

:: sederhana ::

jangan banyak jangan sikit

sederhana cukup

(gajet: samsung star 3mp; jurufoto: nurin izzati,3 thn)




ade mase.. datang la ke mYDinNer





Read Users' Comments ( 0 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...