dAy56:: perlu ketenangan..

cik arie sedikit.. eh..banyak sibuk.. jadi kurang masa untuk mengupdatekan blog ini..
minggu depan adalah minggu penentu boleh ke cik arie jadi optometris ni..ujian klinikal + VIVA..
OMG!!!

tesis..esei..report..adeyh!! sgt perlu ketenangan utk lalui semua nih..
ya Allah berilah cik arie dan sahabat2 kekuatan..aminn..

dear my sis ZILA,
happy graduation day!! tunggu ketibaan adikmu yang cumell ni kat JB okies..hee



220309: dinner opto
annual dinner dalam kesibukkan..layankan saja..



-->cik arie kene fokus..fokus!!


Read Users' Comments ( 7 )

dAy55:: poie blk kg

hari ni cik arie balik kg lagi..hehehe...kire 2 minggu berturut2 balik kg..pantang ade free kene la blk kampung time sekarang..sbb after dis may be setiap hujung minggu ada program..seminar..talk...dan sewaktu dengan nya..



-->cik arie yang sangat sibuk..


Read Users' Comments ( 0 )

dAy54:: tgk mata sket..!

hari ini cik arie ingin berbicara tentang mata..apabila kalian melihat artikel bawah label MEasOPTOM,..bermakna cik arie sedang menulis mengenai mata, penglihatan dan sewaktu dengannya..

pada entri ini..sebagai permulaan cik arie nak mengenalkan apa itu profesyen optometrist?? seperti kata orang..da kenal boleh la bercinta..

pada blog terdahulu-->dAy42.. cik arie sudah mengenalkan apa itu optometris tetapi masih ramai yang membuat aduan kabur tentangnya..



5 perkara yang perlu anda tahu tentang optometris:

1. bukan oftalmologis (doktor pakar mata) dan optician (juruoptik)

2. belajar tentang mata..fungsi..anatomi & fisiologi nya..kaedah klinik..kanta sentuh.. klinik khas (penglihatan terhad, pedriatik, penglihatan binokular, penyakit mata),buat cermin mata..dan semua itu dengan pengajian selama 4 tahun

3. akan guna retinoskopi utk tentukan kuasa ralat refraksi mata (power mata yg kena betulkan)

4. kursus ini ditawarkan di UKM, UITM, IUCTT, UIA..apa lagi ek??

5. kebanyakkannya suka memandang mata seseorang sambil memberi komen (terhadap keadaan mata orang itu) =P hehehe


--> cik arie tadi dapat pesakit kanak-kanak dyslexia+hyperaktif..


Read Users' Comments ( 0 )

dAy53:: kesimpulan tiada arah?

hari ini cik arie ada perbentangan tesis..sudah selesai..perasaan gembira dan lega..selepas bertungkus lumus selama 1 sem lebih menyibukkan diri dengan tesis..akhirnya cik arie dapat bentangkan hasil kajian dengan jayanya..alhamdulillah..semua berjalan lancar..(^_^)


gembira seperti jang nara (miza jangan jeles)

kalau ikutkan..cik arie sememangnya sangat (sangat2) tak suka dengan tesis (mungkin tak berminat dengan topik yang dikaji) tapi cik arie tetap redha dengan apa yang dilakukan dan berusaha untuk yang terbaik walau kadang kala seperti hilang semangat terutama semasa mengumpul data..

maka..housemate cik arie terpaksalah mendengar bebelan cik arie tentang kebosanan..ketaksukaan..kemalasan cik arie tentang tesisnya..(mereka juga adakala pun begitu)

dengar kabar..tahun akhir pelajar optom ukm kali ini ada viva dengan pensyarah luar negara..iaitu penulis buku 'low vision'..tapi masih kabur sama ada betul atau tidak.. cik arie berharap perkara itu hanya desas desus sahaja (pasti ramai yang bersetuju..hehe)

selepas habis belajar ini..cik arie tekad tidak mahu menyambung pengajian lagi.. cik arie tak mahu belajar formal.. cik arie mahu belajar secara tidak formal sahaja.. tak apa..asalkan cik arie bahagia..

--> cik arie dapat komen seperti tajuk entri ini..


Read Users' Comments ( 4 )

dAy52:: astagfirullah



Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya

::30 dan 31 surah an-nur::

--> cik arie kene ingat tuh!!!


Read Users' Comments ( 0 )

dAy51:: on a day like today!!

setelah difikir2kan..
aku telah membuat keputusan utk meneruskan 'on a day like today'...
tapi berpindah ke rumah baru..hehe..

click pic to read more-->



--> cik arie suke buat keputusan sendiri..


Read Users' Comments ( 2 )

kita berpisah saja..

oleh sebab kopi dan gunting sudah pergi oversea untuk mencapai cita2 mereka..aku pun beralih arah kepada kertas..harap semua orang setuju..

selamat tinggal kopi dan gunting ku..aku pasti merindui kalian berdua..uhuk~



Read Users' Comments ( 2 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...