::kirique::



yer.. aku rasa ia penyakit pekerjaan.. sebab terjadi sejak aku sudah bekerja..
oh.. kesian tangan kirique.. menyebabkan aku rasa nak marah je hari ni.. sedihnyaaaaa:'(
kenapa engkau sakit tangan kirique??










--> adakah kamu akan jijik jika ku sendukkan nasi ke dlm pinggan mu dgn tangan kirique?


Read Users' Comments ( 5 )

::saman::



OH TIDAK.. aku kene saman.. cis cake!!!


mari semak saman anda di sini --> SAMAN JPJ



nurin izati sedang lakukan pemeriksaan..











Read Users' Comments ( 9 )

::anjing::



"... umpamanya seperti anjing, jika kamu halau, dihulurkan lidahnya; atau kamu biarkan, dihulurkan lidahnya juga..."











--> phobia dgn anjing.. sejak kejadian kejar-mengejar anjing dgn zylot~









Read Users' Comments ( 2 )

::tiga::



baru aku perasan.. 'tiga' banyak pengaruh dlm hidup aku..

bagi seseorang mungkin ada makna tertentu.. bagi aku.. tiga hanya nombor ganjil yang bukan istimewa..

tapi setelah mengetahui keistimewaan yg tersimpan di sebalik 'tiga' pada seseorang itu.. aku terfikir.. kiranya aku boleh jadikan 'tiga' yg di carinya sebagai inspirasi.. inspirasi dan impian yg perlu ada pada setiap hamba-Nya..


tiga cinta yg ingin dimiliki.. cinta yang membawa ke syurga..




#6 three violet bachelor's button


oh.. aku pernah tulis pasal "three" sebelum nih.. uhu




--> aku suka nombor yg hanya guna garis lurus utk menulis seperti 147:)



Read Users' Comments ( 0 )

::demiMASA::




bolehkah aku berlari lebih laju dari masa?




" Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..
melainkan yg beriman dan beramal soleh..dan juga berpesan-pesan dgn kebenaran serta berpesan-pesan dgn sabar"

[Al-Asr (1-3)]





Read Users' Comments ( 0 )

::terbias::



terbias, biasan dan pembiasan
menghasilkan suatu yg unik..



Iskandar Malaysia @ JB




--> da macam rumah antu plak aku tgk.. uhu


Read Users' Comments ( 0 )

::horizontal::

I

di situ terdapat sesuatu di antara langit dan bumi
di garisan horizontal itu


senja @ vista


dalam kereta @ port dickson~


theme park hotel @ genting highland~



masjid putra @ putrajaya~



dalam bas @ sana'a - aden
(credited to Flying Colors)



--> bercinta dgn horizontal landskap





Read Users' Comments ( 2 )

::aku benci kau::


Ciss.. hai bisikan jahat di tepi telingaku.. pergi la engkau..
Jangan ganggu aku atau engkau akan ku bunuh!!!!



#5 mistree dalam hati





Read Users' Comments ( 0 )

::mahu BB pertama::



tiba-tiba jek..

aku pernah guna henset tekan-tekan sebelum ini.. kemudian tukar kepada sentuh-sentuh (touch) pulak.. kalau la aku boleh miliki kedua nya pada satu henset saja.. alangkah indah nya hidup ini.. seindah malam dot dot dot (cencored).. hati segembira pengantin baru.. hehe.. lebih-lebih pulak arie nih..

ya.. dia lah pujaanku.. oh BB ku.. oh BlackBerry Torch 9800.. perasaan bagai cinta pandang pertama..





maafkan daku wahai samsi starku.. aku bukan mencari penggantimu.. tapi sahabat mu.. chewah! walau si dia lebih hebat dgn keyboard, full 3.2 inch skrin sentuh-sentuh dan juga kamera 5MP disertakan 8 GB memori yang diperluaskan lagi dengan micro SD card.. fuhh.. ayat tanpa noktah memang meletihkan..

kelebihan internet memang ada padamu.. tp si dia mungkin dpt memperluaskan lagi.. tak gitu samsi ku.. huhu

si nuffnang kata.. BB touch 9800 lebih bermakna dgn celcom exec 50... bertepatan lah dgn aku.. seorang pengguna celcom tegar.. kelebihan sudah terbukti.. kerana wilayah celcom lebih luas..malah lebih untung dgn serendah rm50 sebulan.. absolutely simple!!!


WOoOwww.. (ampu nampak.. gheh~)


wAAAaaaa.. aku mahu BB pertamaku~ antara angan dan sedar je la..


aqil tengah tilik adakah mummy boleh dapat ke tidak.. huhu




--> ermmmm...


Read Users' Comments ( 1 )

::my plan::



plan = rancangan = hanya merancang untuk lebih terancang


aku masih dlm plan B14.. setakat ni 3 tahun masih dalam laluan yg sama.. berbaki 11 tahun lagi.. samada ikut atau tidak.. erm..

anda bagaimana?? jgn berputus asa utk merancang walaupun berkali-kali gagal kerana hanya yg Esa Maha Mengetahui..



antara rancangan aku yg berjaya:)
~jogging@tmnJAYA_730a.m~




--> sesungguhnya Dia adalah perancang yg sempurna dan terbaik utk diriku.. semoga semuanya baik-baik belaka.. insyaAllah








Read Users' Comments ( 5 )

::3 jodoh::



3 jodoh.. yg aku blaja dr 'epilog syurga cinta'


Jodoh I : jodoh kerana syaitan.. apabila si Gadis dan Teruna suka sama suke.. akibat godaaan..mereka berkhalwat dan terlanjur sehingga si Gadis mengandung..maka untuk menutup malu.. mereka berkahwin..


Jodoh II : jodoh kerana jin.. apabila si Teruna meminati si Gadis.. tetapi di tolak mentah2 oleh si Gadis.. si teruna menggunakan ilmu hitam dgn bantuan jin sehingga si Gadis menerima si Teruna.. dan mereka berkahwin..


Jodoh III: jodoh kerana Allah.. si Gadis dan si Teruna saling-mencintai kerana Allah.. batas dijaga.. agama didahulukan.. dan mereka berkahwin dgn penuh rahmat dari-Nya







--> insyaAllah.. semoga diredhai oleh-Nya


Read Users' Comments ( 4 )

::kumohon::



salam kemaafan..
salam syawal..




masjid putra@putrajaya





Read Users' Comments ( 2 )

::rezeki::




bile da keje.. baru rase susah nye nak cari rezeki.. cam ne la ayah dulu..






--> i luv u both sooo strongg!!


Read Users' Comments ( 3 )

::kek raya utk kamu.. kamu.. dan kamu juga::

salam..


salam ramadan.. bermula arini.. sehingga la sebulan ini.. semoga kita semua beroleh keberkatannya.. insyaAllah.. aminn..


kekBATIKsarawak

selepas ramadan.. pastinya syawal menjelma.. jadi.. utk itu.. aku n partner.. buat jualan kecil-kecilan.. KEK LAPIS SARAWAK.. rugi woo kalau tak beli.. kek lapis yg original di datangkan khas dari sarawak.. dgn saiz 8'' x 2.6'' x 2.3 '' (sila lah bayangkan secara 3D ~heh) amat la sesuai bila berada di atas meja masa raya aidilfitri nanti..

kalau tak sabar.. untuk berbuka puasa pon takda la salahnya pun.. huhu:)

kawasan target adalah sekitar KUALA LUMPUR , SHAH ALAM, NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG..

jangan malu2 nak tempah.. hanya RM30 sebiji...murah dan amat sedap!!!!



klik pada gamba utk lebih jelas



klik pada gamba utk lebih jelas







Read Users' Comments ( 3 )

::ais krim::

alangkah sedap nya makan ais krim tatkala musim panas..
namun tekak ini teramat lah sakit..
dan mukus dari rongga hidung ku tak berhenti-henti mengalir..
sabar..
sabarr...
sabarrr.....



~daniel luv ice cream@PD~



Read Users' Comments ( 1 )

::senyum::


senyum seindah suria:)



pizzahut@sacc


Read Users' Comments ( 2 )

:: 2 better than 1 ::



tb2 rase nak berkeluarga.. cewah!






--> :))


Read Users' Comments ( 6 )

::detik waktu::




detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

memori#5 horizontal






Read Users' Comments ( 0 )

::2 dan 6 alam::



manusia ade 2 'benda' dan 6 'alam'

manusia = roh + jasad


6 alam = 6 R

  1. alam Rahim - bermula nya proses kejadian manusia (subhanaAllah)
  2. alam Rileks - zaman kanak-kanak yg x perlu memikirkan masalah dunia
  3. alam Ribut - remaja yg serba mencabar..jiwa memberontak.. mencari arah dan identiti
  4. alam Risau - manusia dewasa.. masuk kehidupan sebenar.. sentiasa memikirkan masalah diri..keluarga.. kewangan.. da byk lagi......
  5. alam Reput - alam barzakh..
  6. alam Rasakan - alam abadi di akhirat kelak..


memori#4 aku bermula disini




--> rahmati la keluargaku dunia akhirat..


Read Users' Comments ( 0 )

::barubah::



manusia berjaya adalah seseorang yg memaksa diri utk berubah..
manusia gagal adalah seseorang yg berubah kerana terpaksa..


memori#3 aku fokus




--> semua sudah berubah..



Read Users' Comments ( 0 )

::cawan dunia::

tgk bola.. ermm.. aku tgk ke? eh.. aku tgk ke? betul2 tgk? sebetulnya aku x tgk pon.. huhu

pemain bola sepak.. adakah mereka sedang bermain atau bekerja? yg pasti kedua-dua nya.. mereka sedang mengejar dan mengerjakan bola..

bak kate akk ku zylot

::one ball united soul::



aqil pon tgk bola ke??




-->bola..bola gak.. yg wajib tu jgn lupe lak..


Read Users' Comments ( 0 )

::inai dijari::


kenapa perlu pakai inai? apa kaitan inai dijari dengan perkahwinan? kenapa perlu?

ntah la.. mungkin sisa2 adat hindu masih berbaki dlm budaya melayu.. ikut sejarah dulu pon.. melayu menganut hindu sebelum kedatangan islam dr pedagang.. mungkin la kot.. masih terbawa2 sampai skang.. same la mcam tradisi bersanding..

inai..berwarna merah.. kalau mase kecik2 dulu suke la.. pengantin berinai.. kite pon tumpang berinai.. tumbuk inai same2 dgn sepupu2.. satu lagi.. bunga rampai.. harum semerbak.. bersama2 hiris daun pandan halus2 buat bunga rampai.. seronok lak.. skang ni mane ade lagi budak2 buat keje camtu klu time majlis kenduri kawen.. huhu..

kite x selama nye kanak2 seperti dulu.. semakin hari sampai gak umur yg dikatakan 'da bole kawen'.. melihat kawan dr kecik berkahwin.. memang seronok.. skang die milik seseorang.. da x bole berronggeng suka suki cam dulu.. pape pon.. aku gembira utk dia..

tahniah kpd NURUL SHAHIDA dan suami SHAHRUL.. smg bahagia dan diredhai Allah dunia dan akhirat..

110610 geng tOP ke-5 sudah kahwin


tOP - the no is 9 (tpi ni yg ade 6 org jer + haney)



1st dan 5th selesai.. lagi 7 orang
wait and see


Read Users' Comments ( 0 )

::hitamPUTIH::


"hitam putih kehidupan"


memory#2: cari bende tersembunyi.. ade berani??


Read Users' Comments ( 5 )

::minggu kanak-kanak sedunia::

::me as optom::


sebagai optometris yg bekerja di hospital.. musim cuti sekolah memang menggerunkan.. mana tak nye.. kene keje macam robot.. cek pesakit tanpa henti tu kira normal lah mase nih.. rase cam taman permainan kanak-kanak plak klinik opto tuh.. isk3..

yg pasti aku kene kuat.. kental mental fizikal..

oh.. demam+batuk+selsema pergi la jauh dariku!! ya Allah berilah kesihatan yg baik utk aku supaya aku dpt beribadah dgn lebih sempurna..


rindu kat pen kat atas.. da letak nama pon bole hilang.. uhuk3



--> yg pasti lepas cuti skolah.. warga opto dept lak pg bercuti.. hoyyeah!!





Read Users' Comments ( 1 )

::aku mahu dia::

bukan sudah aku katakan..
aku tak mahu seorang teman lelaki..
aku hanya mahukan seorang suami..
kerana aku tak percaya lafaz cinta seorang lelaki..
lafaz cinta tanpa akad suci itu..
akad yg menyatukan 2 hati atas keredhaan-Nya..


adakah kau masih menuduh aku seorang yg memilih?


memory#1:lukisan lama.. terjumpa kat rumah semalam..huhu


Read Users' Comments ( 4 )

::dia menangis::

tangisan itu.. terus menangis.. teruskanlah..

10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim

  1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  2. Menangis kerana rasa takut.
  3. Menangis kerana cinta.
  4. Menangis kerana gembira.
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  6. Menangis kerana terlalu sedih.
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.

model: nurin izzati

-->la tahzan



Read Users' Comments ( 1 )

::itu bukan hipokrit::

pasal aurat.. lebih2 lgi manusia bernama 'wanita'.. ermm.. semua sedia maklum.. sudah termaktub dlm Al-quran.. kod pakaian sebagai muslimah.. tp kenapa masih menafikan??

manusia lemah.. alasan diberi seribu alasan.. contohnye cam:
  • klu aku tudung.. aku cume hipokrit.. sbb aku x ikhlas pon nak pakai tudung..
  • mak aku pon x pakai tudung.. (der..)
  • aku x dpt hidayah lagi..
  • keje aku membataskan aku la..
  • org yg tutup aurat tu lagi teruk dr aku.. memalukan jek..
  • x semestinya org yg free hair ni jahat ey..
  • nnt da tua.. aku tau2 sendiri la..

pengalaman sendiri.. aku penah kasi alasan cam kat atas nih dulu.. mase tgh2 keliru dgn pesonaliti sendiri.. aku pk.. aku mahu jadi yg bese2 je.. ala2 kadar.. pakai tudung.. simpang belakang.. baju xde la sendat x sendat sgt.. tp berfesyen sket..

betul.. bile kite cube dekat dgn-NYa.. sejuta kli Dia menghampiri kite.. percaya lah.. tips nye.. baca Al-quran dan maksudnya.. fahami ape yg Dia mahu sampaikan kpd kite.. insyaAllah..

harap anda luangkan sket masa utk baca dan fahami tazkirah ringkas dr ustaz Zaharuddin Abd Rahman ni..(di olah smula oleh aku).. tentang pertanyaan dr seorang wanita yg keliru mancari diri..

:: wanita.aurat.hipokrit::

Allah swt dan RasulNya telah tetapkan sume wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.


oleh itu, soal ikhlas atau tak, suka atau tak, disuruh orang lain atau terbit dr hati sendiri, sorg muslimah tetap wajib di sisi Allah utk menutup aurat


contohnye.. sorg pemandu Malaysia yg x bkemah..tinggal di UK.. die terpaksa ubah cara memandu sbb hemah pemandu di UK mmg tinggi.. sape sj yg buat pasal kan jalanraya..akan kene tegur dr pemandu yg lain..malah perkara itu akan dibawa kpd polis..


ats sbb itu.. pemandu m'sia yg asalnya brutal.. TERPAKSA kene ubah perangai bila tinggal di UK.. x kira die ubah sbb hipokrit, tpaksa, tak ikhlas atau ape jua alasan.. hakikatnye.. die MESTI berubah.. krn itu adalah sistem dan peraturan di sana.. ambil mudah peraturan ini akan memudaratkan diri sendiri n org lain..


sama sperti menutup aurat dan bertudung.. perkara ini adalah peraturan agama Islam..ambil mudan akan memudaratkan diri sendiri dan org lain.. (sbb lelaki yg melihat aurat wanita bkn mahram dpt dosa dan dosa itu dikongsi dgn wanita tersebut)


oleh itu, hipokrik tak bole sama skali menjadi PENGHALANG utk kerjakan KEWAJIPAN Islam.. termasuk menutup aurat.. ini adalah suruhan Allah.. dan hak-Nya utk menguji hamba-Nya


perkara ini.. sama sperti mendirikan solat.. bayar zakat.. puasa ramadan.. dan sume arahan.. samada seseorg itu ikhlas atau tak.. tpaksa atau tak.. wajib melakukannya.. walaupon dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap ikhlas..


apa yg perlu dilakukan adalah terus berusaha utk perolehi keihklasan:)


perlu diingat.. seseorg yg tutup aurat.. dan tunaikan solat scr ikhlas atau separa ikhlas.. maka die akan perolehi ganjaran sekadar ikhlasnya.. tp tggungjawab fizikal yg wajib dilakukan suda trlaksana scr zahir.. atau kata lain.. dia hnya berDOSA SEKALI sbb x lakukan scr ikhlas..tp da terhindar dr dosa tak kerjakan yg wajib tuh..


tp.. jika berdegil gak.. tak mahu tutp aurat dan juga x solat.. sbb alasan TAK IKHLAS.. TAK MAHU HIPOKRIT dan sbgnya.. tindakan tu da jadikan die berDOSA scr fizikal dan rohani (spiritual).. atau kata lain nye.. berDOSA 2 kali.. dosa pertama n kedua skali gus.. malah lebih teruk klu dosa tak tutup aurat tu bercambah.. sbb dosa tu sebyk mata lelaki yg melihat..


bg yg tak ikhlas tadi.. sekurang2nye.. dia da terselamat dr cambahan dosa mata lelaki..


kesimpulannya.. 'ingin berubah hasil dr hati sendiri'.. 'tak ikhlas'.. 'tak mahu hipokrit'.. itu sume bisikan syaitan yg ingin sesatkan hamba Allah supaya trus menjauhi kewajipan sbg muslim..


sedarlah.. jgn terpedaya.. ingat bterusan dlm dosa..sedangkan mengetahui hukum nya.. ini akan menambahkan kemurkaan Allah swt..




bagi aku.. ade 3 peringkat sebagai muslim..

pertama: muslim yg bese.. ade yg ikut..ade x tertinggal
kedua : mukmin yg berusaha utk diri sendiri kearahNya.. utk menjadi lebih baik
ketiga : mampu berdakwah kpd yg lain

anda di peringkat yg mana?


--> mari berusaha bersama2




Read Users' Comments ( 2 )

::malam::

"demi malam, apabila ia telah gelap"
( At-Takwir, ayat 17 )





Read Users' Comments ( 2 )

::keratokonus::

::me as optom::

sejak akhir2 ni.. aku byk fitting rgp (sejenis contact lens separuh keras) khas utk pesakit keratokonus.. keratokonus ni kire cam mata dorg ni.. part paling depan yg dikenali sbg kornea tu berbentuk kon..

kalau orang normal berbentuk bola sepak.. atau bentuk bola ragbi utk yg ade silau ( astigmatism)

masalah orang keratokonus nih.. penglihatan dorg x kan baik dgn bantuan cermin mata atau kanta sentuh lembut (soft contact lens) bagi tahap yg sederhana ke teruk..

jadi, nak tak nak.. terpaksa gak pakai kanta sentuh rgp-k ni utk mengawal progresi masalah keratokonus nih.. kalau da teruk bole sebabkan apeks kon tu terbuka atau terluka dan menjadi parut.. seterusnya kebutaan..

kalau ikutkan.. terdapat beberapa pilihan utk keratokonus.. mengikut tahap masalah

1.tahap mula2
  • masih bole pakai spek dan penglihatan baik.. dan selalu nya pesakit x sedar ade masalah ini.. tanda awal.. power silau yg tinggi.. gatal2 mata.. selalu tukar cermin mata
2.tahap medium
  • dgn pakai spek.. penglihatan tetap x baik.. dan disini bermulanya gune RGP keratokonus.. biasanya harga 1 keping RGP dlm RM500-600.. kalau buat dgn hospital krjn murah sikit kot..
  • masih gune RGP.. pesakit boleh gak guna pilihan proses 'cross linked'.. iaitu 1 alternatif utk menguatkan stuktur kornea yg da jadi kon tuh.. dgn itu.. progresi keratokonus lebih perlahan atau berhenti.. kaedah ni perlu pemantau berkala.. kos antara RM2000-3000 utk 1 mata.. kbiasaannya.. keratokonus tidak berlaku pd kedua2dua mata scr serentak..
  • utk yg tidak mahu gunakan RGP keratokonus.. kaedah yg dikenali sbg 'kera-ring'(intacs) juga dapat membantu pesakit ni.. konsep nye utk mengurangkan bentuk kon pd kornea yg bermasalah tu.. kos biasanya RM8000 utk 1 mata..
3. tahap teruk
  • pilihan terakhir utk pesakit keratokonus adalah gantian kornea.. kornea penderma diperlukan disini.. kornea yg rosak diganti dgn kornea baru..kos .. x sure plak.. sowy






-->tabik kpd penderma organ.. anda hebat!!


Read Users' Comments ( 2 )

::gangguan::

aish.. terganggu oleh si pengganggu

ape pandang2? x puas ati ngn aku?





--> selamat HARI IBU!! peace



Read Users' Comments ( 3 )

:: sederhana ::

jangan banyak jangan sikit

sederhana cukup

(gajet: samsung star 3mp; jurufoto: nurin izzati,3 thn)




ade mase.. datang la ke mYDinNer





Read Users' Comments ( 0 )

::417::

174
satu tujuh empat
setepatnya tujuh belas april
umur bertambah lagi
ahh..ia hanya sekadar angka yg meningkat secara linear










terima kasih kepada yg mengingati tarikh ulangtahun kelahiran sy..
(peh.. cam ucapan ABP lak^^)








Read Users' Comments ( 3 )

:: ummiy ::

mlm ni aku tertarik utk mengetahui lebih lanjut tentang 'ummiy'

Ertinya: “Dialah yang telah mengutuskan di kalangan orang yang Ummiyin (orang Arab), seorang Rasul (Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah.” (Surah Al_Jumu’ah 2)
[terjemahan Mahmud Yunus]

ntah.. selepas membaca ayat tersebut mase maghrib tadi.. tertanye2 kenapa tafsir tersebut menulis maksud 'ummiy' sebagai orang arab.. bukan tidak tahu menulis membaca..

cari punye cari.. terjumpa lah artikel yg tulis Nabi pandai membaca, menulis .. cam terpesong je bace title die.. ish3.. bahaya!!

tapi akhirnya.. artikel yg ditulis oleh Ustaz Nazrul Nasir ni dapat membantu aku.. dan aku rase perlu dikongsi bersama.. jangan lupe klik tu yer..








Read Users' Comments ( 0 )

:: da makan ::

aku : salam

die : salam

aku : wsalam

die : da makan?

aku : lom g.. jap t, da makan?

die : ooo.. da makan td

aku : da solat?

die : lom g..

aku : oo makne nye lom habis mkn nih..

die : nape?

aku : makan utk iman??


"Apa khabar iman kita hari ini? Semoga sihat walafiat; badan dan iman"





'aku' bukan name sebenar =P


Read Users' Comments ( 1 )

::nur terletak di sana::

seronok melayan google earth.. cam melancong dr dlm rumah.. dalam byk2 tempat yg da aku kunjungi.. 2 tempat ini memang sgt mempersonakan.. sbb nye ia bercahaya..


masjidil al-nabawi


masjidil al haram


[ kota yg sentiasa bercahaya ]




Read Users' Comments ( 1 )

::orang bawah::

aku suke je dapat duit tiap2 hari..
aku lagi amat suke kalau sebulan aku leh dapat angka 20 000..

tp aku kene rajin cari orang bawahan..
dan orang bawahan aku kene rajin cari orang bawahan dorang plak..
dan orang bawahan dorang kene cari orang bawahan dorang dorang plak..

kalau dorang rajin cari orang bawahan..aku leh jadi kaye dan kenyang..

orang atas aku lagi kaye dan lagi kenyang..
apetah lagi orang atas atas aku.. lagi kaye-raye dan kenyang-kenyang..
uish.. x adil..

aku tertindas atau menindas??







Read Users' Comments ( 0 )

::x bergerak::

aku berbaring.. di atas kusyen yg keras..
anggotaku sedikit pun tak bergerak..
hanya mata terkebil-kebil memandang penjuru siling..


kosong..
itulah sabtu dan ahad kali ini..
mungkin juga utk kali akan datang..


--> klu camni tiap minggu baik blk serting.. uhuk3:(




Read Users' Comments ( 5 )

::maggi udang::

walaupun sekadar mee maggi segera.. tapi pastikan ia berkhasiat.. berkhasiat ke nih??? huhu


maggi udang + nescafe 'o' = perfect


sisa + kenyang = alhamdulillah


“Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah memberikan kami makan dan minum,
dan yang menjadikan kami orang Islam.”



Read Users' Comments ( 4 )

::fren_ship::


ikatan yg 'best'

ikatan yg membenarkan 2 atau lebih individu berkasih sayang.. cinta-menyintai.. tolong-menolong.. bantu-membantu.. tanpa perasaan lain selain sebagai sahabat..

teramat indah..

sekali dikenali sebagai sahabat.. selamanya adalah sahabat..

namun..

ikatan sahabat tidak membenarkan lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan.. sahabat perlu ingat-mengingati pada yg Esa.. yg membawa ke syurga..

ukhuwah fillah abadan abada..^_^

aku cinta kamu wahai sahabat..<3

kenangan di sana


dan juga di sini


mane la umie, wani, emiey.. lame da x jupe..


sebahagian yg amat kucintai

teman berjuang..












Read Users' Comments ( 2 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...