gembira itu indah
walaupun hujan di luar jendela..
lokasi : taman tasik perdana
-->30hb jan 11'.. hujan tanpa henti di Kuala Lumpur..
kelmarin aku bermimpi.. mimpi tentang kiamat.. dengan secara tiba bumi berpusing dari barat ke timur.. arah kiblat bertukar secara tiba-tiba.. gempa berlaku sana sini.. semua orang keluar rumah dan berlari.. tak kira muslim dan bukan muslim.. seorang kawan bukan muslim aku ajak aku berlari sekali.. jadi aku pon berlari sekali.. mencari tempat yg selamat.. setelah penat.. aku terfikir.. buat apa la aku berlari ke sana ke sini.. kan lebih baik aku duduk di rumah dan beribadat.. haish..
mimpi semata-mata..
dinding itu retak
dan di situ ia mencari
--> terima kasih atas nikmat iman dan islam..

suatu hari abang saya pulang ke kampung dengan menunggang motosikal.. dia telah membawa 3 ekor anak kucing yg sangat comel.. ceritanya.. ibu kepada anak-anak kucing itu telah dilanggar lalu mati.. maka tinggal lah anak-anak kucing yang yatim itu di kampung.. almaklum.. pasti nya bapa mereka masih di luar sana..
dan kini selepas hampir 4 tahun.. dari 3 telah menjadi 30 ekor kut.. tapi kucing-kucing itu pandai hidup berdikari.. sesuai lah dengan status kucing desa.. nak tahu nama-nama mereka? nama mereka adalah 'kucing'.. senang bila nak panggil makan.. sekali sebut 'kucing'.. semua datang..
si bunting
--> teringin nak bela ikan.. anak ikan mungkin..

sejak akhir-akhir ini.. aku banyak berfikir tentang kerja.. yer.. aku sungguh malas untuk bekerja.. salahkah aku kalau aku malas bekerja.. maksud aku kerjaya.. oh maksud aku kerja untuk dapatkan duit.. duit atau rezeki..
aku perlu sokongan mungkin..
ikhlas.. ikhlas..
di mana engkau?
mohon Tuhan untuk ini
ruang sempit untuk menadah tangan
--> ya, i need motivation to move on!! come on arie!!

Subscribe to:
Posts (Atom)