::memories::

Sunday, July 19, 2009
10:08 PM

Memory ataupun kenangan.. Betul ke 'memories have no power'??

::Memories have no power::

Mungkin betul sebab kenangan hanya tinggal kenangan.. Hanya untuk dikenang ketika ada mase untuk mengenanginya.. Waktu sibuk mana ada mase utk mengenang kenangan-kenangan lama.. Lagipon.. Mengibukkan diri adalah salah satu terapi untuk melupakan kenangan pahit yg tidak mahu untuk dikenangankan lagi.. seperti melupakan kenangan dengan bekas kekasih hati.. Bekas isteri.. Bekas suami.. Dan segala bekas yang membekaskan dihati seseorang..urmm..

Mungkin betul juga sebab kenangan adalah masa lalu.. Orang yang selalu mengenangkan masa lalu adalah orang yg keterbelakang.. Orang yg tidak mahu memajukan diri untuk menuju ke hadapan.. Tiada kuasa untuk memajukan diri seseorang selain daripada usaha diri nya sendiri.. Semua ini pon da tertulis dalam kalam Allah.. Kalau asyik mengenang kenangan sampai bila la nak berjaya.. Urmm..

Namun.. Kenangan adalah masa lampau yang adakala mampu membuat seseorang tersengih..tersenyum..tergelak walaupun sekali pintas terkenang.. Kenangan juga mampu membuat seseorang menangis dan meraung keseorangan..

Apapun tanggapan terhadap kenangan..ia tetap adalah sebahagian daripada citra hidup seseorang yang tidak boleh diulang semula..disunting ataupun diperbetulkan.. Cuma boleh diulang tayang dalam ingatan sahaja..

Terima kasih kenangan.. Kerana mengajar aku 1 perkara pada setiap saat aku bernafas.. Terima kasih pada yang Esa kerana menjadikan manusia ini pelupa.. Jika tidak.. Mungkin otak ini sesak dengan kenangan yg x perlu untuk dikenang.. Uhuk3..





Kenangan raya 1429H..adakah kenangan seakan2 ini berulang pada hijrah kali ini???


3 yg kasi komen:

suezen said...

suke tgk gambar rmi2...:)..teringat kat sume member2:)

arie said...

tu la.. suke gak pic nih..
rindu kwn ku..:)

zixol said...

trime kasih kenangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...