::irlen::

pertama kali dengar irlen.. hari ni dapat pesakit sindrom irlen

'irlen sindrome'.. atau sindrom sensitiviti skotopik

selama aku blaja pasal mata dulu.. x penah pon sentuh pasal sindrom ni.. melainkan sindrom yg biasa yg kite dgr cam hyperaktif.. disleksia.. autisme..

sindrom irlen sangat berkaitan ngn penglihatan.. punca sindrom ini berlaku hanya Allah yg tahu.. tp dipercayai ada kaitan dgn masalah pada sel sensitif mata ataupun otak..

sindrom ini salu disalah diagnos sbb simptom yg ditunjuk sama seperti budak yg lemah pembelajaran atau disleksia.. pesakit akan nampak perkataan tu kabur, cam ada 'pattern' dan seperti bergerak2..lagi lama diaorang membaca.. lagi teruk simptom tuh..

senarai simptom sindrom irlen:
  • bermasalah utk membaca ( bukan bodoh ok ) dan kurang fokus
  • sakit kepala, penat dan rasa tekanan pada mata masa membaca
  • oleh sebab susah nak membaca.. benda tu akan efek pada pembelajaran.. terutama matematik
  • persepsi kedalaman.. cam nak menganggar jarak lemah
  • salu mengelak cahaya terang.. lagi2 lampu floresin
  • susah nak 'tracking' dan salin perkataan.. selalu gak ter'skip' perkatan bila membaca
  • apabile menulis.. jarak antara huruf atau perkataan berbeza.. x sama.. saiz huruf pon macam tu gak.. kejap besar. kejap kecik..
  • susah nak tulis dengan lurus.. maksud nyer.. tulisan die cam semakin ke bawah atau ke atas
  • eja pon x betul sket..


macam mana nak tolong mereka ini?
  • gelapkan sedikit keadaan ketika membaca
  • preskrip kanta irlen (kanta tu ada warna.. atau lapisan warna khas)
  • guna kertas berwarna sedikit utk bahan membaca meraka
  • guna visor (pelindung cahaya)
  • kurangkan masa membaca utk elakkan sakit kepala
  • perbanyakkan masa rehat antara masa membaca..
  • galakkan guna pembaris masa nak 'tracking' perkataan


kepada ibu2 bapak2.. perhatikan anak anda yer..

rindu kat si tembam ucop.. ni adik2ku sayang yg berada kat rumah bakti di ulu kelang..

--> aku ada masalah menangkap ejaan yg disebut oleh seseorang.. aduhyai.. lambat tul pk ape perkataan tu.. siap kene tulis dulu baru faham..


4 yg kasi komen:

aZizoL said...

eh..kenape aku ade simtom2 demikian??

aaa... tidakkk

arie said...

aiyok.. bek ko cek2 btul.. ntah2 ko ni salah sorg komuniti irlen.. heheh

pak long said...

salam..
memang ensem adik tu..
sekolah mana tu...?

arie said...

adik2 tu skolah kt ulu klang kot.. dari umah bakti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...