::aku org nogori::


aku bangga jadi orang negeri...

tapi kenapa mereka akan berkata

--orang negeri?

--amalkan adat pepatih lagi x?


salahkah adat pepatih.. sinis pada orang negeri.. ingat nak amik harta.. ia xde kne mengena dgn harta sepencarian..

aish..

"Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pusaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat.

Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup.

Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menuruthukum faraid (tidak ada kena mengena hanya untuk perempuan sahaja)."

wikipedia.com





0 yg kasi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...