::keratokonus::

::me as optom::

sejak akhir2 ni.. aku byk fitting rgp (sejenis contact lens separuh keras) khas utk pesakit keratokonus.. keratokonus ni kire cam mata dorg ni.. part paling depan yg dikenali sbg kornea tu berbentuk kon..

kalau orang normal berbentuk bola sepak.. atau bentuk bola ragbi utk yg ade silau ( astigmatism)

masalah orang keratokonus nih.. penglihatan dorg x kan baik dgn bantuan cermin mata atau kanta sentuh lembut (soft contact lens) bagi tahap yg sederhana ke teruk..

jadi, nak tak nak.. terpaksa gak pakai kanta sentuh rgp-k ni utk mengawal progresi masalah keratokonus nih.. kalau da teruk bole sebabkan apeks kon tu terbuka atau terluka dan menjadi parut.. seterusnya kebutaan..

kalau ikutkan.. terdapat beberapa pilihan utk keratokonus.. mengikut tahap masalah

1.tahap mula2
  • masih bole pakai spek dan penglihatan baik.. dan selalu nya pesakit x sedar ade masalah ini.. tanda awal.. power silau yg tinggi.. gatal2 mata.. selalu tukar cermin mata
2.tahap medium
  • dgn pakai spek.. penglihatan tetap x baik.. dan disini bermulanya gune RGP keratokonus.. biasanya harga 1 keping RGP dlm RM500-600.. kalau buat dgn hospital krjn murah sikit kot..
  • masih gune RGP.. pesakit boleh gak guna pilihan proses 'cross linked'.. iaitu 1 alternatif utk menguatkan stuktur kornea yg da jadi kon tuh.. dgn itu.. progresi keratokonus lebih perlahan atau berhenti.. kaedah ni perlu pemantau berkala.. kos antara RM2000-3000 utk 1 mata.. kbiasaannya.. keratokonus tidak berlaku pd kedua2dua mata scr serentak..
  • utk yg tidak mahu gunakan RGP keratokonus.. kaedah yg dikenali sbg 'kera-ring'(intacs) juga dapat membantu pesakit ni.. konsep nye utk mengurangkan bentuk kon pd kornea yg bermasalah tu.. kos biasanya RM8000 utk 1 mata..
3. tahap teruk
  • pilihan terakhir utk pesakit keratokonus adalah gantian kornea.. kornea penderma diperlukan disini.. kornea yg rosak diganti dgn kornea baru..kos .. x sure plak.. sowy






-->tabik kpd penderma organ.. anda hebat!!


2 yg kasi komen:

Frodo Baggins said...

penderma mata?
mmg tabik ...


bahaya gak mende ni.

arie said...

pe lagi.. daftar la sbg penderma organ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...