salam..
alhamdullilah.. tahun hijrah berganti lagi.. rasa seperti baru semalam pos entri tentang tahun baru 1432h
tahun ini amat tidak dijangka.. walaupun pada mulanya aku menganggap 2011/1432 tiada apa yang menarik mungkin berlaku.. namun pengetahuan itu hanya Dia saja yang mengetahui.. Dia lah sebaik-baik perancang bagi ku.. syukur ya Allah..
melangkah dan terus melangkah
ya Allah permudahkanlah..
--> 2 minggu lagi..143 3
Alhamdulillah
bonda sihat semula.. harap-harap tiada masalah esok di ijn.. NSTEMI katanya..
begitu juga untuk anak buah tersayang.. muhammad aqil.. semoga lubang pada jantung si anak kecil itu tertutup dengan sempurna dengan izin-Mu ya Rabbi..
semoga insan-insan yang kucintai sihat rohani dan jasmani..
by her side..
aqil
nuyen
--> seperti satu doa yang terjawab..

''ya Allah.. tabahkan lah aku menghadapi hari-hari PMSku''
kau tahu itu PMS? kini sindrom itu semakin menjadi-jadi.. sejak sudah bekerjaya.. dulu memang ada namun tak seteruk ini.. aduh..
ia cuma menyerang emosiku.. serangan bertubi-tubi.. kekadang hampir tertewas.. aku tahu ini hanya sementara.. setiap kali ia menyerang.. mindaku terus mengingatkan diri.. itu hanya sindrom.. sindrom hanya pada wanita..
jangan biarkan ia bermaharajarela dalam emosiku.. awas engkau PMS!
--> encik Lelaki nak tak PMSku ini?

salam
kita adalah penghutang.. pemiutang sentiasa menagih hutang.. percayakah anda?
sedarkah kita sebagai hamba-Nya.. hutang kita kepada-Nya adalah tuntutan yg wajib kita laksanakan.. 5 perkara dalam rukun Islam adalah hutang kita kepada yg Esa.. malah Dia yg Maha Pengasih dan Penyayang memberi kita kemudahan dan pilihan mengikut situasi dan kekurangan kita untuk membayar hutang tersebut.. tapi masih ada yang mengelat dan liat untuk membayar hutang.. erm..
hutang..hutang..hutang.. hutang bank.. hutang ptptn.. siapa yang terlepas dgn semua ini? syukur sebab pengajian aku ditanggung oleh 'Janji Puas Ati'.. terima kasih banyak-banyak..
lihat sekeliling.. siapa yang tiada hutang.. kemari kamu.. aku ingin berkenalan..
lalang atau serai.. dapat kau bezakan?
--> teringat arwah atuk.. kata2nya tentang solat dan hutang.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. al-fatihah~

salam..
alahai.. ini bukan kali pertama dan juga bukan kali kedua.. bermula tahun 2011 ni aku agak ini yang ke-5.. aish..
tapi as a human being and being human.. aku tetap tak lepas dari keSALAHan.. keSILAPan.. keALPAan.. keRUGIan.. keCUAIan.. keLALAIan.. keKANTOIan.. dan juga keMALUan??
ini mesti ada yg mengganggu fikiran aku nih.. ataupun mungkin terlalu sibuk masa dan ketika itu.. sehingga terlepas pandang pada sekecil-kecil kesalahan yang boleh menyebabkan sebesar-besar masalah.. pada aku.. pada orang yang terlibat itu.. aduss
oh.. kenapa aku salah tulis sign pada prekripsi tu.. dan kenapa lah juruoptik atau pun optometrist kat luar sana tak nak re-check penglihatan dengan preskripsi yang diberikan tuh.. kalau kanta murah boleh la aku bayar ganti rugi.. kalau dibuatnya kanta yang beribu-ribu.. bagaimanakah?? alih-alih jadi kes mahkamah lak nanti..
so, lepas ini.. berhati-hati dalam permindahan data.. jangan ganggu aku.. sebab tumpuan akan berkurangan jika diganggu..
OpocotOmakEkau..
--> aku pasti anda juga begitu..

awak ingat tak?.. masa belajar dulu.. beria-ia kita membuat ibadah sunat.. sunat hajat.. taubat.. tahajud.. mengharapkan permudahkan segala ilmu.. dapat keputusan peperiksaan gempak-gempak.. harap takkan dapat surat amaran ptptn atau jpa pasal pointer teruk..
tapi.. sekarang.. bila sudah bekerja..dapat duit masyuk-masyuk tiap bulan.. amalan-amalan itu cuma tinggal kenangan saja..
awak ingat tak?.. masa belajar dulu.. kita selalu bersama-sama pergi usrah dan halaqah.. sebagai pengisian.. cari ilmu sebanyaknya..
tapi.. sekarang.. bila sudah bekerja.. gedung membeli belah adalah tempat utama yang perlu kita tujui.. tengok wayang.. berkarok lagi-lagi dengan teman tempat kerja..
awak ingat tak?.. solat awal waktu menjadi perkara yang dikejar-kejar.. lagi-lagi sebelum nak study malam-malam..
tapi.. sekarang.. bila sudah bekerja.. solat asalkan solat saja.. awal akhir belakang kira.. kerja jadi utama..
awak ingat tak.....?
dimana pun awak.. beristiqamah lah..
dizaman apa pun awak.. beristiqamah lah..
awak dan saya..
--> bingkisan peringatan untuk diri sendiri dan anda..

bekerjaya dalam bidang yang berkhidmat untuk masyarakat seperti aku.. perlu banyak bersabar.. lagi-lagi menghadapi karenah.. terutama orang yang menganggap mereka lebih 'kaya', 'berharta' dan 'berkedudukan'.. kenapa mereka begitu???
pelbagai kaum di tempat kerja buat aku lebih memahami tentang bangsa, kaum dan agama lain.. pandangan bangsa melayu dan india terhadap cina rupanya sama.. begitu juga bangsa melayu dan cina terhadap india.. dan pastinya mereka yang berbangsa india dan cina mempunyai pandangan yang sama terhadap kita... bangsa melayu.. well..well..well..
peace in green of Malaysia
@ LRT masjid jamek
--> tiba-tiba rasa nak belajar pasal perbandingan agama.. pasal agama lain..

erm.. apa yang aku nak coretkan.. buntu.. aku bukan penulis hebat.. haish..
sebulan telah berlalu.. lagi 11 bulan dalam tahun 2011.. tiada apa yg menarik mungkin dalam tahun ini.. sebab itu aku mahu ia cepat-cepat berlalu.. penat merenungi hari-hari sepi.. dan kerja dan kerja.. terfikir mahu saja berhenti kerja di sini.. dan tinggal di kampung, dekat dengan bonda.. erm.. semua ini buat aku menangis.. seperti bawang yang tak pernah gagal buat air mataku mengalir.. oh Tuhan, harap aku dapat hadapi hari-hari itu dengan tabah.. walaupun aku bukan setabah mana..
namun yang pastinya, aku tak sabar melihat kakakku tersayang, zylot berhias indah di hari bahagianya.. hari yang dinanti-nantikan.. semoga dipermudahkan..
hijau daun..
burung itu bersembunyi
--> jangan harap bawang boleh buat aku menangis lagi.. cess
tiada bawang di sini..

kelmarin aku bermimpi.. mimpi tentang kiamat.. dengan secara tiba bumi berpusing dari barat ke timur.. arah kiblat bertukar secara tiba-tiba.. gempa berlaku sana sini.. semua orang keluar rumah dan berlari.. tak kira muslim dan bukan muslim.. seorang kawan bukan muslim aku ajak aku berlari sekali.. jadi aku pon berlari sekali.. mencari tempat yg selamat.. setelah penat.. aku terfikir.. buat apa la aku berlari ke sana ke sini.. kan lebih baik aku duduk di rumah dan beribadat.. haish..
mimpi semata-mata..
dinding itu retak
dan di situ ia mencari
--> terima kasih atas nikmat iman dan islam..

suatu hari abang saya pulang ke kampung dengan menunggang motosikal.. dia telah membawa 3 ekor anak kucing yg sangat comel.. ceritanya.. ibu kepada anak-anak kucing itu telah dilanggar lalu mati.. maka tinggal lah anak-anak kucing yang yatim itu di kampung.. almaklum.. pasti nya bapa mereka masih di luar sana..
dan kini selepas hampir 4 tahun.. dari 3 telah menjadi 30 ekor kut.. tapi kucing-kucing itu pandai hidup berdikari.. sesuai lah dengan status kucing desa.. nak tahu nama-nama mereka? nama mereka adalah 'kucing'.. senang bila nak panggil makan.. sekali sebut 'kucing'.. semua datang..
si bunting
--> teringin nak bela ikan.. anak ikan mungkin..

sejak akhir-akhir ini.. aku banyak berfikir tentang kerja.. yer.. aku sungguh malas untuk bekerja.. salahkah aku kalau aku malas bekerja.. maksud aku kerjaya.. oh maksud aku kerja untuk dapatkan duit.. duit atau rezeki..
aku perlu sokongan mungkin..
ikhlas.. ikhlas..
di mana engkau?
mohon Tuhan untuk ini
ruang sempit untuk menadah tangan
--> ya, i need motivation to move on!! come on arie!!

Subscribe to:
Posts (Atom)