:: kenapa mereka begitu ::


mengumpat atau kalau nak lebih sedap didengari dikenali sebagai gosip...
kenapa mereka begitu???

bagi seorang yang bekerja untuk pertama kali...
sejujurnya.. aku tak pernah bekerja sebelum ni.. (pemalaskah aku??)
dan ini adalah pekerjaan pertama aku..

suasana bekerja sememangnya berbeza..sangat berbeza.. semua orang tahu..
permulaannya mungkin rasa janggal.. setiap orang sukar untuk dipercayai.. bersikap hipokrik.. baik di depan tapi tikam dibelakang.. arghh.. biarkan mereka.. asalkan aku datang ke sini untuk bekerja.. mencari rezeki yang halal..

politik tempat kerja.. semakin lama semakin jelas.. kadang2 rase kesian gak pada orang yang diumpat tu.. ternyata aku menjadi pendengar setia umpatan keji itu... (ohh..lemah sungguh iman ku..Allah ampunkan aku..!!) haish.. akhirnya aku pon menjadi seorang yg hipokrik juga kah??

aku hanya mendengar.. aku masuk kepada puak yg kuat.. mungkin supaya aku terlindung.. mereka bukannya jahat.. mereka baik.. mangsa yang dipulau bukannya jahat.. juga baik..tak tahu apa silap nya.. atau aku terlalu memandang positif pada setiap orang???

jadi.. keputusan nya.. aku teruskan kerjaku.. biar menjadi neutral.. berdoa supaya berdetik dalam hati mereka perkara yang mereka lakukan itu dosa.. setidaknya mereka tidak mengumpat depan aku.. bolehkah??

err.. aku tgh mengumpat ke sekarang???

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

xde makne nye.. mengumpat dengan sopan.. da mengumpat tu..
mengumpat la jugak..x boleh pakai betul..


--> seronok dgn kerja sekarang.. tp bab tu je yg lemah sket.. huhu


5 yg kasi komen:

Anonymous said...

ye...betul2..
hr2 dpt dosa..sbb dgr org mengumpat..
xtau la yg mane betul, mane salah..
yg pastinya..mgkin aku juga menjadi bahan umpatan,
kerana sesiapa shj bisa jd bahan kalo da org tu mmg suke mngumpat..
tetapkan dlm hati, aku dtg nak kerja,
ko nak umpat aku, gaji aku tetap jalan..so wat??
er..mgkin iman lemah sbb tak mampu nak nahi mungkar

arie said...

tu la pasal..
aku pun x mampu...
huhu

shara waida said...

kdg2 kita x amik kisah pun hal org, tp tetibe org duk bcerita ngn kita terpaksa la dgr...huhu, x kan nak kate stop, sy x nak dgr....
tpaksa layan, tp psal politik keje ni, ko kna hati2 arie....
just be urself....

::FAIZ:: said...

Kalau orang mengumpat kita, kita senyum je.. hehehe
Dapat pahala.

(Ok, Saya Follow blog anda...)

Keep Save...

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

ape yang boleh saudari buat sekatang adalah pekakkan telingan bisukan mulut untuk mengelakkan diri terjerumus ke lembah mengumpat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...