

- bermasalah utk membaca ( bukan bodoh ok ) dan kurang fokus
- sakit kepala, penat dan rasa tekanan pada mata masa membaca
- oleh sebab susah nak membaca.. benda tu akan efek pada pembelajaran.. terutama matematik
- persepsi kedalaman.. cam nak menganggar jarak lemah
- salu mengelak cahaya terang.. lagi2 lampu floresin
- susah nak 'tracking' dan salin perkataan.. selalu gak ter'skip' perkatan bila membaca
- apabile menulis.. jarak antara huruf atau perkataan berbeza.. x sama.. saiz huruf pon macam tu gak.. kejap besar. kejap kecik..
- susah nak tulis dengan lurus.. maksud nyer.. tulisan die cam semakin ke bawah atau ke atas
- eja pon x betul sket..
- gelapkan sedikit keadaan ketika membaca
- preskrip kanta irlen (kanta tu ada warna.. atau lapisan warna khas)
- guna kertas berwarna sedikit utk bahan membaca meraka
- guna visor (pelindung cahaya)
- kurangkan masa membaca utk elakkan sakit kepala
- perbanyakkan masa rehat antara masa membaca..
- galakkan guna pembaris masa nak 'tracking' perkataan




mengumpat atau kalau nak lebih sedap didengari dikenali sebagai gosip...
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)





- 1 peket mee goreng sedaap sambal goreng
- hati ayam (ikut suka nak berapa banyak)
- sebiji telur ayam.. dipukul-pukul terlebih dahulu
- kacang panjang/kacang botol/cili.. cincang2 sampai putus
- udang ke.. sotong ke..
- gaul hati ayam ngan garam dan goreng.. rangup2 lagi besh..da masak hati.. cincang2 sket..
- masak air... da mengelegak.. masuk kan mee meggi.. cili dan kacang2 tersebut.. udang n sotong..
- tos bahan rebus tadi (mee dan kengkawannya) bila sudah masak.. itu pon x reti2 lagi..
- sekarang.. guna kuali yg berkuali =p.. lagi elok non-stick pan.. panas kan kuali..
- masuk kan pek minyak mee meegi yg disediakan... da panas.. masukkan bahan rebus..
- kacau2.. klu x cukup minyak tambah la sket lgi.. kemudian tambahan kicap, sambal dan perisa yg disediakan...tak lupa juga hati goreng rangup tadi..
- kacau2 lgi.. akhir sekali masukkan telur yang di pukul tadi...
- lagi2 kacau... agak2 da sebati telur ngan mee.. tutup lah api..




dan di Jambi pada 08:52 hari berikutnya.
Cuba perhatikan terjemahan :-



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali =3D " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
-->nama kan pokok yg hanya wujud di negeri sembilan?

sebelum Nafsu Allah tiupkan kedalam jasad manusia ,
Allah telah membakar Nafsu selama 100 tahun..

First kita kena puji Allah
2nd kita kena puji dan doakan Nabi Muhammad s.a.w
3rd kita kena doakan utk mak ayah
4rd baru kita minta hajat kita...
Nie 3 syarat utama dalam doa... insyaalah kalau diamalkan .... doa itu akan termakbul... dgn izinNya lah...
Doa dlm bahasa pun bleh, lagi bagus sbb kita faham apa yg kita ckpkan....
contohnya:-
kau limpahkan lah rahmat mu kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , tempatkan lah baginda ditempat yg terpuji................
ya Allah , kau lindungilah kedua ibu bapa ku dari siksa kubur dan api neraka...................
ya Allah aku memohon pada Mu...........................

ialah zaman dulu wanita tu cuma layak jadi hamba atau gundik je... jadi bila Nabi boleh dan sanggup kahwin dgn hamba... maka bermakna hamba pun tinggi martabatnya disisi Allah, juga Nabi ingin merapat kan hubungan diantara puak kafir Mesir dengan org2 Islam supaya peperangan tak tercetus...

wallahhualam..........
--> harap awk dikurniakan Allah seperti itu....

Nak kongsi dgn satu cerita.....
Sblm puasa hari tu surau kat tmpt XX ada kuliah subuh yg dismpaikna oleh ustz. Zamri (radio ikim).
dia ceritakan ttg kelebihan ramadhan...
XX masih ingat satu kisah yg dia sampaikan...
Satu masa dulu, Raja Mesir telah membawa 3 hadiah utk disampaikan pada Nabi Muhammad s.a.w,
iaitu sorang hamba perempuan, madu lebah dan 3 orang tabib.
Hadiah yg pertama seorang hamba perempuan bernama Maria Al Qabtiyya ,
Rasulullah menerima hadiah itu dgn berkahwin dan menjadikna Maria sebagai isteri baginda.
Hadiah yg kedua, madu lebah ( ketika itu mesir merupakan pengeluar madu lebah yg sangat bermutu sejak zaman nabi Musa lagi.. ) – Rasulullah mengambil sedikit madu itu dan merasanya sebagai tanda terima.
Hadiah yg ketiga, 3 org tabib...
Rasulullah memberitahu utusan dari Mesir itu supaya membawa tabib2 itu pulang utk berkhidmat dengan rakyat mesir sendiri..
kerana Sabda Rasulullah Kami umat Islam mempunyai ubat yg sangat mujarab utk mengubati penyakit iaitu berpuasa....
Ada 3 moral of the story dari kisah itu....
Nak tau ke?....
Nanti kita sambung yek....
-->seronok berbuka puasa dgn geng optom di kg baru.. hehe

Kalau kita nak mengubat hati... pergilah ke tiga tempat::
pertama
- pergilah ke masjid atau mana2 tempat org membaca quran, sama ada kita membca atau kita mendengar - insyallah hati kita akan menjadi tenang
kedua
- pergilah mana-mana majlis ilmu, dengar lah ilmu2 yg disampaikan - insyaallah kita akan peroleh ketenangan ..
ketiga
- pergilah ketempat sunyi atau ambil lah masa ketika keadaan sunyi utk mengingati diri kita dan pencipta diri kita, lebih-lebih lagi kita bersolat tahajud - ibu kepada penyakit hati -
keempat
- kalau 3 tempat tadi tak juga boleh mengubat hati kita , berdoalah kepada Allah supaya Allah menggantikan hati kita kepada yg baru... kerana kebiasaan nya 3 tempat tu sudah berupaya mengubat hati kita , tak kira lah kita susah hati ke, patah hati ke, jatuh hati ke, iri hati ke, makan hati ke, sedih hati ke, hati kering ke, keras hati ke, hati batu ke... bla-bla....
--> sepenuh hati..

I've been living for 23 years
I've been living for 280 months
I've been living for 1,219 weeks
I've been living for 8,533 days
I've been living for 204,813 hours
I've been living for 12,288,811 minutes
I've been living for 737,328,696 seconds
I've breathed more than 116,666,760 times!
I've blinked my eyes more than 123,666,760 times!
My heart has beaten more than 860,216,770 times!
thank you Allah..

1 ogos 2009
reunion sek men keb dato' hj abdul samad.. wah.. senang plak aku aku sebut nama sekolah aku nih.. salu nye berbelit2 lidah nak sebut.. (oi..ni menulis la:P)huhu
yg datang:: aku, eisya, sheda, abil, didie, as, si kembar lia n jiha.. n some other..
bagus ada perjumpaan semula cam nih.. seronok.. sepanjang malam borak2 pasal kenangan.. pasal diri skarang.. gosip2 dulu, sekarang dan selamanyer.. rindu.. kalau dapat kumpul semua membe klas dulu lagi bes.. specially ahli TOP!!
::geng hostel SDASA::
jangan lupa kite akan buat REunion utk hostel shj selepas raya nih.. tarikh belum ditetapkan lagi.. x perlu formal.. ini permintaan cikgu jamaliah yg teringinnn sangat nak jumpa anak2 yg pernah hidup sebumbung seketika dulu sebelum beliau berpindah ke seberang laut..
so..pelagi.. contact rakan2 lama yg pernah menjadi keluarga hostel SDASA.. sebar2kan dan rapat2kan yg jauh..

10:08 PM
Memory ataupun kenangan.. Betul ke 'memories have no power'??
::Memories have no power::
Mungkin betul sebab kenangan hanya tinggal kenangan.. Hanya untuk dikenang ketika ada mase untuk mengenanginya.. Waktu sibuk mana ada mase utk mengenang kenangan-kenangan lama.. Lagipon.. Mengibukkan diri adalah salah satu terapi untuk melupakan kenangan pahit yg tidak mahu untuk dikenangankan lagi.. seperti melupakan kenangan dengan bekas kekasih hati.. Bekas isteri.. Bekas suami.. Dan segala bekas yang membekaskan dihati seseorang..urmm..
Mungkin betul juga sebab kenangan adalah masa lalu.. Orang yang selalu mengenangkan masa lalu adalah orang yg keterbelakang.. Orang yg tidak mahu memajukan diri untuk menuju ke hadapan.. Tiada kuasa untuk memajukan diri seseorang selain daripada usaha diri nya sendiri.. Semua ini pon da tertulis dalam kalam Allah.. Kalau asyik mengenang kenangan sampai bila la nak berjaya.. Urmm..
Namun.. Kenangan adalah masa lampau yang adakala mampu membuat seseorang tersengih..tersenyum..tergelak walaupun sekali pintas terkenang.. Kenangan juga mampu membuat seseorang menangis dan meraung keseorangan..
Apapun tanggapan terhadap kenangan..ia tetap adalah sebahagian daripada citra hidup seseorang yang tidak boleh diulang semula..disunting ataupun diperbetulkan.. Cuma boleh diulang tayang dalam ingatan sahaja..
Terima kasih kenangan.. Kerana mengajar aku 1 perkara pada setiap saat aku bernafas.. Terima kasih pada yang Esa kerana menjadikan manusia ini pelupa.. Jika tidak.. Mungkin otak ini sesak dengan kenangan yg x perlu untuk dikenang.. Uhuk3..
Kenangan raya 1429H..adakah kenangan seakan2 ini berulang pada hijrah kali ini???

11:27 PM
Ada apa dengan 'reunion'? Jumpa2 kawan lama2.. Borak2.. Tentang diri.. Tentang sekarang.. Skali skali mengimbau kenangan lama yg buat suasana hingar dengan gelak ketawa.. (mak aih.. Ayat x le tahan.. Hahaha)
So.. Reunion.. Pada 1 ogos ini untuk murid tua SDASA (sek men dato' hj abdul samad).. Exklusif di organize oleh dato' isa samad.. Harap betul2 la.. Jgn ade yg wat cite semata2 nak tipu duit sudah.. Aku da merasa kene tipu bab kumpul duit nih time skolah mrsm lu..huhu..
Lama da x jumpa kawan skola.. Urm rase nye hampir 8 tahun sebab aku pindah mase form 4.. Except geng TOP.. Ade gak jupe dorang.. lagipon rumah dekat2.. (dekat jer.. Tp susah gak nak jupe)
Ape yer.. Do's and don’t time reunion???
i. Perlu ikut tema perjumpaan..
ii. Jangan terlalu asyik ngn makanan.. Hello! ni nak makan ke.. Nak jupe kawan??
iii. Pakaian tidak terlalu over untuk menarik perhatian
iv. Jadi diri sendiri..
v. Jangan bercerita tentang kehebatan diri dengan berlagak nyer.. Huh!
Ya lain tambah sendiri… hehehe
---> nak sangat jumpe ngn dak yg kasi kad raya 3310 time skolah lu..gheh:p

11:17 PM
Telah merasa dugaan yg betul2 menjadikan aku lebih dewasa.. Bila tanggungjawab di atas bahu.. Rasa x mahu untuk mengecewakan insan tersayang.. Biarlah diri derita.. Asalkan dia tak merasa susah walaupun sedikit.. Urmm..
Untuk akan datang.. Perlu berusaha..
---> Thanks eisya.. Luv u sooooo much!!!

8:21 PM
Sengsorang di sini.. Makan sengsorang.. Dok tgk org sengsorang..jalan sengsorang..dalam train sensorang..bosan betul ngn life cam sengsorang.. Tp ape nak wat.. cam tuh la dikatakan kerja.. Bekerja memang la sengsorang.. Walaupun ada istilah team work.. aku masih xde kwn yg bole wat aku excited nak dtg keje.. Idup orang bekerja memang membosankan.. Mungkin hidup belum lagi bekembang.. Perlukan masa..yer.. perlukan masa..mungkin aku perlu fikir pesakit adalah benda paling excited untuk aku datang kerja.. (arie masih lagi positif!)
::Kerja dan belajar vs belajar::
Dulu hanya setakat belajar.. Tp sekarang adalah masa untuk kerja dan belajar.. Sbb banyak perkara lagi aku x tahu masa belajar saja dulu.. Teruk betul..ingatkan sudah lengkap dan dilengkapkan..masih x cukup.. Belajar dari pengalaman itu yg berharga.. Aku sengaja buat silap..( x nak mengaku mmg kesilapan sendiri :P) sbb mahu belajar dari kesilapan.. Memang banyak buat salah masa mula2 bekerja.. Rase nak menangis jek.. Kenapa perkara semudah itu pun aku x leh buat dengan betul.. X cukup lagi ke belajar di situ* dulu.. Arghh.. Memang x cukup la rie!!! Tapi x mahu lagi belajar secara formal.. Aku suka belajar secara x formal cam ini.. Ini lah aku mahukan dari dulu.. (sudah pening dengan ayat2 sendiri~~)
Dari dulu terfikir kenapa aku kene belajar sampai universiti..kene pilih bidang ini..kenapa x kerja jer dari dulu.. Kalau da kerja dari dulu.. Kaya ke aku.. Serba sedikit da bole bantu mak ayah dari dulu.. X kisah la jadi kerani ke ape.. Atau ambil bidang yg betul2 aku suke buat cam melukis dan memasak..lagipon cita2 aku nak jadi surirumah..kalau lah surirumah ada gaji cam degree..ada elaun.. Kwsp..ada bonus tahunan.. Cuti tahunan dan emergency.. mesti beramai2 nak jadi suri rumah..huhu..
Tapi dari sudut positif aku berkata.. Aku perlu pilih jalan ini sebab Allah telah beri aku sedikit kelebihan..( mungkin kah??) jadi seperti bapak sedara spiderman kate.. "Big power big responsible." (entah la lebih kurang cam tu pakcik tu kate) menjadikan aku adalah aku hari ini… Adakah aku menyesal.. Tak.. aku bersyukur.. Malah bersyukur banyak2 dengan menadah tangan sengsorang..

kasut.. kenapa la jadi kasut??
kasut oh kasut....
klu da perempuan..memang susah betul cari kasut.. da cantik..sakit plak mase pakai..
kalau nak selesa sket.. salunya design nye x berapa nak ok..
tepuk dada tanya selera la..
kadang2 dari pagi sampai petang x jumpa2 jugak kasut yang nak dicari tuh..
sambung lagi esok dan hari seterusnya..huhu
da jumpa.. da suka..beli la.. tapi bile try..ketat pulak kat kaki.. tak pun..terbesar.. adus.. boleh tukar saiz ye kaki dalam masa tak sampai 24 jam..
isk3..
susah juga nak cari kasut nih..
tapi kalau da terdesak tuh.. main amik je kasut yg ade.. sebab da nak guna sangat..
tawakal saje la..
pernah juga.. da beli kasut@sandal..cantik sungguh..da la kemain lame memilih..last2 kecil pulak..mahal tu satu hal.. so, try la jual kat mudah.com.. ade gak yang berminat..tp saiz kaki peminat tidak merestui.. uhuk3.. jadi hiasan saje la ko wahai kasut..
oleh itu, kesimpulannya.. adakah mencari kasut seperti mencari kekasih..??
(hmm.. tengah fikir lagi nih)
-->pergi interview sepatutnya kene pakai kasut ok

terima kasih kepada memberi..
terima kasih kepada menyanyangi..
terima kasih kepada menyintai..
nak tahu cerita di sebalik gambar-gambar ini.. sila klik di sini - pink'N'green:FRIM
---> tunggu hard cover siap.. cepat la~~
